Sunday, November 4, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 18~

"Kakak dah siap?" tanya ibu sambil membetulkan letak duduk telekung di mukanya.

Dia mengangguk pada refleksi ibu di cermin. Ibu mengukir senyum nipis.

"Nampak adik tak?"

"Tu ada tengah bersiap." Dia mula mengatur langkah ke sofa di ruang tamu.

Sementara menunggu, dia membaca majalah Solusi. Dari satu halaman ke satu halaman. Tidak dibaca secara teliti tapi lebih kepada melihat gambar dan kata-kata yang menarik.

"Panggil ayah, kakak."

Tanpa banyak soal, kakinya melangkah mendaki anak tangga. Sesampai di hadapan bilik tidur ibu dan ayah, penumbuknya mengetuk perlahan pintu bilik.

"Ayah, ibu panggil..."

Senyap.

"Okay ayah dah siap," ujar ayah sejurus membuka pintu dan menutup suis kipas. "Jom..."

Dia hanya membuntuti langkah ayah menuruni anak tangga.

"Cepat cepat. Dah nak azan dah ni." Ibu menggesa adik yang masih belum siap.

"Kakak..."

Pandangannya ditalakan pada suara garau yang memanggil.

"Ada apa yah?" tanyanya sepatah.

"Nanti balik surau, ingatkan ayah ya. Ada benda ayah nak bincang dengan kakak."

"Bincang?" Keningnya dikerutkan tanda tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh ayah.

Pertanyaannya dibalas dengan anggukan sekali ayah. "Ingatkan tau."

Dia yang masih blur hanya mengangguk persis ayam mematuk cacing. "Hmmm okay..."

*****

"Kakak? Kakak!" Panggilan ibu tidak dapat didengar dengan jelas kerana pandangannya jatuh pada susuk tubuh seseorang yang sangat dikenalinya.

Hatinya tanpa dipaksa dihurung rasa debar yang menggila.

Aku harap mata aku dapat menipu hati aku dengan baik kali ni. Just, not this time. Dia cuba menenangkan hatinya sendiri tatkala bayangan orang yang tidak ingin diingati menerjah ruang matanya.

"Kakak..." tangan ibu diletakkan di atas tangannya. Pantas pandangannya beralih tepat ke arah muka ibu yang dirundung kerisauan.

"Kenapa ni kakak? Kakak nampak siapa tadi?" tanya ibu prihatin apabila melihatkan perubahan tingkah laku anak gadisnya tanpa sebab.

"Ibu... Boleh tak kakak nak solat kat belakang sikit?"

Permintaannya dibalas dengan anggukan.

"Kakak rasa tak sihat sikitlah. Kakak nak pergi toilet kejap ya."

Sebaik dia menoleh untuk ke luar surau, pandangannya berlaga dengan sepasang mata redup yang kebetulan sedang memandang ke arah tempat dia berdiri.

"Qistina..."

Walaupun tidak jelas pada pendengarannya, namun matanya dapat menangkap dengan jelas gerak bibir lelaki tersebut menuturkan namanya.

Allah! Malapetaka apakah ini. 

Sepantas kilat, langkahnya diatur menuju ke toilet meninggalkan lelaki tersebut dalam keadaan yang masih terkejut.

1 comment:

aeinio said...

huhuhu jom baca lak blog akak ada novel free hasil tulisan sendiri tapi dia kuar tetiap malam jumaat ajew..