Saturday, November 3, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 17~

Rintik hujan yang mula menjatuhkan diri menyembah bumi dipandang sepi. Hidungnya menangkap bau hujan yang bercampur dengan tar. Mug yang dipenuhi dengan coklat panas setia berada di genggaman tangannya. Sesekali dia meniup isi mug bagi menurunkan suhu kepanasan coklat panas.

Sikunya dibetulkan bagi memberikan keadaan yang selesa untuk menongkat mug dan seisinya. Pandangannya jatuh pada kabus tebal yang melitupi kawasan di hadapannya.

Dinginnya rasa. Sedingin hati ini.

Spontan satu keluhan halus kedengaran.

"Kakak, berapa kali ibu nak cakap. Tak baik kan mengeluh."

Kata-kata ibunya menjamah fikirannya. Rindunya kat ibu. Detik hati kecilnya.

"Saya sanggup tunggu awak. Sampai awak bersedia. Saya tak kisah kalau awak amek masa yang lama untuk bersedia. Tapi tolong jangan halang untuk saya terus tunggu awak."

Kata-kata Syafaat terngiang-ngiang di telinganya. Ada masa, hatinya seakan-akan mahu mempercayai keseluruhan kata-kata Syafaat. Ada ketika, hatinya sendiri terdetik bahawa apa yang diperkatakan hanyalah kata-kata manis daripada seorang pengayat cinta yang bernama Syafaat.

Tanpa disedari, satu lagi keluhan halus dilepaskannya.

Pantas dia menepuk kepalanya. "Apalah kau ni Qistina. Kan ibu dah kata tak baik mengeluh."

Senyuman sinis untuk diri sendiri terukir elok di bibirnya.

Cuaca yang sejuk ditemani dengan satu mug berisi coklat panas adalah kegemarannya. Walaupun masalah yang dihadapi takkan mungkin selesai dengan semug coklat panas tapi dia puas.

"Kalau awak nak sangat tunggu, terpulang. Tapi saya tak mampu bagi jaminan bahawa penantian awak tidak akan menjadi sesuatu yang sia-sia. Awak pun tahu kan... Hati saya belum lagi terbuka untuk mana-mana lelaki lain. Sorry."

Selesai menuturkan ayat penegasan yang sememangnya melukakan, dia berlalu pergi dalam keadaan yang sangat dingin. Sedingin apa yang dirasakannya kini.

"Kalau kau ada pilihan antara orang yang kau sayang dengan orang yang sayang kau, siapa yang kau akan pilih?" tanyanya pada rakan sekelas yang juga merangkap kawan baiknya, Ririn.

"Orang yang aku sayang tu sayang aku jugak tak?"

Qistina mengangkat bahu.

"Kalau orang yang aku sayang tu pun sayang aku, tu dah dikira satu bonus. Of course aku akan pilih dia." ujar Ririn dengan penuh perasaan. Senyuman penuh satu muka.

"Tapi..."

Anak mata mereka bertemu. Mata Qistina jelas menunjukkan bahawa dia mahu mendengarkan penjelasan bagi sebuah 'tapi' Ririn.

"Tapi?" Keningnya diangkat sebelah.

"Tapi... Kalau orang yang aku sayang tu tak sayang aku, aku rasa aku akan pilih orang yang sayang aku."

Keluhan kecil dilepaskan luar sedar. Mukanya seraya ditundukkan.

"Qis... Sayang ni kan boleh dipupuk. Bukan masalah besar pun kalau kita tak sayang dia pada awalnya. Asalkan dia sayang kita, cukuplah. Bukan ke lebih elok kita pergi kat orang yang sayang kita?"

"Macam mana kalau kita tak berjaya belajar sayangkan dia?"

"Kau dah pernah cuba?"

Geleng.

"See?"

Matanya dirapatkan. Cuba membuang satu persatu perkara yang menyesakkan fikirannya.


1 comment:

Kya Von Misteriusha said...

Nice !!:D
Betul tu, its better to go to someone yang sayangkan kita
But as for me,
I once tried to pupuk sayang tu kat someone that love me,
Usaha tu gagal..maybe sebab there's someone else inside my heart.
Taknak terus menyeksa and I asked him to let me go.
THE END
Oh ya, please continue the story.Tak sabar :D