Wednesday, July 11, 2012

Islam bukan agama keturunan~

Salam and greetings.

Firman Allah yang bermaksud:
"Maka, berilah peringatan kerana sesungguhnya engkau (Muhammad) hanyalah pemberi peringatan. Engkau bukanlah orang yang berkuasa atas mereka." (Al-Ghasiyyah, ayat 21 & 22)

Menurut kalamullah, kita diciptakan daripada air mani yang terpancar keluar dari antara tulang punggung (sulbi) dan tulang dada. Itu adalah asas kejadian seorang insan. Manusia adalah makhluk, bukan Tuhan. Kerana Tuhan hanya ada satu, yakni Allah yang Maha Esa. Usaha mencari hidayah adalah usaha daripada manusia yang lemah dalam perjalanan menemui Tuhannya. Namun, hidayah itu adalah milik Allah. Dia beri pada siapa yang Dia kehendaki.

Aku jadi teruja dan takut pada masa yang sama. Teruja sebab ramai dalam kalangan public figure yang sudah pun menemui jalan benar dalam menganut agama yang satu. Allah kalau nak tunjuk, macam-macam cara Dia boleh tunjuk. Tugas manusia adalah memahami petunjuk yang Allah berikan. Aku jadi takut pada masa yang sama kerana banyak antara tanda-tanda kecil kiamat yang kita dapat lihat sekarang ni. Allahu Rabbi...

Bila pagi ni aku terbaca tentang berita pengislaman seorang pemain bola tersohor, Thierry Henry membuatkan aku mengucap syukur dalam hati. Ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan. Aku tertarik dengan kata-kata beliau, "Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al-Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya." Katanya lagi, menjadi seorang Muslim tak boleh setengah-setengah. 

Tapi, kalau diperhatikan realiti masyarakat kita sekarang, agama Islam itu sendiri tidak diambil secara keseluruhan tapi separuh-separuh. Apa yanng boleh mendatangkan manfaat, diambil. Kalau mendatangkan kepayahan (kononnya) akan ditinggalkan. Inilah realiti yang pahit untuk ditelan.

Malu rasanya kalau iman seorang muallaf lebih tebal berbanding dengan orang yang memang dilahirkan dalam keluarga Muslim. Ya, iman itu tak dapat diwarisi. Tapi, agama Islam juga bukan sekadar budaya atau agama keturunan. Maka, sebagai seorang manusia yang mampu berfikir, elok kita gunakan akal yang diberi untuk berfikir seeloknya. Jangan bila dah ditarik segala macam nikmat, baru terhegeh nak berfikir. Wallahualam~

1 comment:

Anonymous said...

u got a beautiful wallpaper..very beautiful.. very suit wit thid post..salam