Thursday, June 28, 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran Sayang~

Salam and greetings.

Waktu entri ini di-publish adalah waktu yang sama seorang bayi perempuan seberat 3.4 kilogram melalak mendengarkan suaranya yang nyaring duapuluhdua tahun lepas di Hospital Kajang.

Bayi perempuan tersebut merupakan anak perempuan tunggal yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh kedua ibu dan ayahnya, diapit oleh seorang abang dan tiga orang adik lelaki.

Bayi perempuan tersebut telah diberi nama Zulaikha binti Mohamad.

Ya, bayi perempuan tersebut adalah saya. Dan ini adalah cerita seorang saya.

***

Sepanjang 22 tahun yang telah dipinjamkan segalanya oleh Sang Pencipta, membuatkan aku terfikir. Andaikata nyawa aku ditarik saat ini, tarikh yang sama 22 tahun lepas aku bernyawa di bumi-Nya, maka apa yang akan aku bawa untuk berhadapan dengan-Nya?

Ibu selalu pesan, banyakkan amalan. Hanya amalan yang akan kita bawa bila kita mati nanti. Aku, macam biasa, akan menganggap bahawa itu adalah perkara yang sudah lama aku ketahui namun sejauh mana pengetahuan aku mampu menyelamatkan aku daripada diazab dan diseksa, wallahualam.

Ayah pesan, jangan buat maksiat, labuhkan pakaian, jaga perlakuan. Ayah taknak nanti ayah kena tahan tak dapat masuk syurga sebab menanggung dosa aku yang berperangai tak menurut syarak di dunia. Aku, macam biasa, akan menganggap bahawa semua perkara leceh. Menjadi seorang anak perempuan kepada seorang ayah adalah leceh.

Ibu kata, aku paling senang nak jaga masa kecik. Tak banyak merengek, tak banyak rewel, tak banyak hal. Senang cerita, kalau nangis, bagi susu, maka diamlah aku. Aku juga sudah pandai berjalan seawal umur 10 bulan dan kata ibu, aku yang paling debab dan segedebuk je bila keluar. Ibu panggil aku Baby Ell. Jangan tanya Ell tu mende. Aku tahu tapi aku taknak bagitahu. -.-

Ayah kata, aku paling susah nak jaga masa besar. Sebab dosa aku ditanggung olehnya. Aku memberontak tak dapat kebebasan macam Along, ayah akan bagi alasan sebab aku perempuan. Alasan yang klise bukan? Kata ayah lagi, jaga aku sorang lagi payah daripada jaga sekandang lembu. Nampak tak antara aku dengan sekandang lembu sape lagi buas? -.-

Kalau di-flashback kehidupan aku selama 22 tahun ni, boleh kira lebih daripada separuh daripada hidup aku yang aku taknak kenang. Serius. Sebab terlampau pahit dan dipenuhi lumpur dosa. Dan kalau diberi peluang untuk memperbaiki kehidupan seorang aku, pasti ada banyak perkara yang aku taknak lakukan. Tapi, KALAU tu kan mainan saiton. Mana mungkin aku kata mende yang dah berlaku itu tak berlaku. Itu bongok namanya. Aku cuma berharap aku dapat menjadikan diri aku lebih baik pada hari-hari seterusnya berbanding hari-hari semalam yang aku sendiri taknak kenang tu.

Maka, seperti yang aku selalu ingatkan diri aku sendiri, setahun lebih tua adalah selangkah dekat menuju kematian. Selamat Hari Lahir ke-22, Zulaikha! Semoga umur diberkati dan dapat jodoh yang mampu membimbing ke syurga Allah, insyaAllah. Aminnnnnnn. :)

생일 축하합니다! ㅋㅋㅋ
Kita ikut muka sape? Haaa. Ikut muka ibu la kan? Kan bu? (Ibu misti baca punya ni) =.=


p/s: Tak salah kan wish kat diri sendiri? Hiks.
p/s/s: Sbnanye ni autopost yg telah pun di-schedule-kan semalam. Tapi, tetiba pagi ni dapat mesej daripada ibu yang berbunyi; 

Salam angah, 22 tahun yang lalu pada pukul 10.15 pagi lahirlah seorang anak perempuan yang comel dan tegap di Hospital Kajang. Alangkah gumbiranya ibu dan ayah bayi tersebut kerana mendapat baby girl dan rupa-rupanya dialah satu-satunya anak perempuan pada ibu dan ayah tersebut. Sempena ulangtahun kelahiran angah, ibu doakan Allah bersama-sama angah dalam apa jua yang angah lakukan dan mohonlah apa jua HANYA dari-Nya. Mudah-mudahan usia angah diberkati dan mendapat jodoh yang soleh, pasti bahagia dunia akhirat. Amacam, syahdu tak? Boleh buat novel tak? Hihi. Wassalam.

Seriously, instinct ibu yang kuat ke acane? Ayat dia lebih kurang kan dengan ayat aku? Hmmmmm.


6 comments:

Carroll said...

Aminnn.

thebentpencil said...

Awwwww...memang sama dgn maknye pun.

Setahun lagi juga dekat ke alam perkahwinan zuely.
Dah sedia nak jadi bini orang? Wkwkwkw

zuhaida said...

selamat hari lahir awak :)

CallMe-NW said...

comel nye ibu awak..patut ah perangai awak pon sama..hehehe

Auni Aizie. said...

yang aku pulak rasa sebak ni kenapa

Selamat hari jadi Zuely, kali ke dua wish ni

Duniakuabstrak said...

*mata bergenang