Friday, June 8, 2012

Cinta ini bukan milikku 2~

Wana menala pandangan ke langit. Cuba mengintai bintang. Emmm, gelapnya malam tak berbintang. Wana menunduk. Kaki dihayun santai. Novel di sebelah dicapai dan dibuka pada mukasurat yang ditanda. Belum sempat pembacaannya diteruskan, lagu Fantastic Baby nyanyian BigBang yang menjadi ringtone Blackberry Curve 8520 kepunyaannya kedengaran nyaring.

"Hmmm hello."
"Amboi garangnya..."
"Awak nak apa?"
"Nak awak la..."
"Eeee. Malaslah nak layan. Ok bye."

Punat merah pantas ditekan. Orang gila kalau dilayan, bukan dia je makin gila, silap-silap kita boleh naik gila sekali. Blackberry nya direnung seakan-akan boleh nampak raut wajah pemanggil sebentar tadi. Senyuman terukir tanpa disedari. Bukan dia tak tahu perasaan Shahrul padanya. Namun, sengaja tidak dilayan. Dia tidak mahu bermain api. Biarlah sebelum perasaan tersebut dilayan dan akhirnya dia yang jatuh tersungkur mengutip serpihan hatinya yang berderai, dia lebih rela untuk menjauhkan diri.

***

Shahrul senyum sendiri. Payah jugak nak dapatkan hati minah ni. Kemaen keras. Belum pernah lagi perempuan main letak je telefon macam Wana buat tadi. Amboi, mencabar ego jantan aku betul. Namun, Shahrul tahu dia tidak boleh berputus asa selagi gadis idamannya tidak menjadi miliknya.

Perkenalan yang singkat di salah satu laman sosial telah membibitkan perasaan suka dan sayang Shahrul kepada Wana. Gadis yang pada pandangan matanya cukup sempurna ingin diambil sebagai suri hatinya. Namun, tidak bagi Wana. Memegang pada prinsip - I don't prefer young man; dengan mentah dia menolak kehadiran Shahrul dalam hidupnya. Walaupun pada hakikatnya beza umur mereka hanyalah setahun.

'Saya rasa saya suka kat awak.' - Shahrul.

Wana baginya adalah seorang perempuan yang sangat menarik. Dia sukar mengambil serius tentang sesuatu perkara lebih-lebih lagi dalam soal hati dan perasaan. Baginya, dia tidak percaya apabila orang meluahkan perasaan padanya dan tidak pernah menganggap perkara tersebut adalah perkara yang serius.

'Tapi, awak tahu kan yang saya tak minat lelaki muda?' - Wana.

Dalam perwatakan yang naif lagi inesen, hati Wana adalah keras walaupun nampak seperti seorang yang gila-gila. Shahrul baginya adalah seorang lelaki yang cukup pakej, tapi sayang hanya kerana dia lebih muda daripada dirinya membuatkan dia terpaksa menolak perasaan Shahrul padanya. Walaupun pada hakikatnya, dia sebenarnya turut berperasaan yang sama.

Pada Wana, dia sudah lama meletakkan Shahrul dalam friendzone. Dia bimbang jika dia tidak melakukan sedemikian, hatinya akan turut terluka. Namun tidak bagi Shahrul. Wana tidak pernah di-friendzone-kan. Dia benar-benar serius mahu menjadikan Wana sebagai yang halal bagi dirinya. Tapi, perlakuannya sering bertentangan dengan kehendaknya. Saban hari dia menyakiti hati Wana dan mencari gaduh yang bukan-bukan. Dalam perbualan mereka, 90% adalah perbalahan dan 10% adalah perbualan normal. Namun, itu yang menjadikan Wana istimewa dalam hatinya.

***

"Awak, semoga awak berbahagia."
"Kenapa awak ni? Tetiba je."
"Yela. Kita nak doakan awak bahagia. Tu pun tak boleh ke?"
"Kenapa?"
"Kita dah nak kawen." 
Shahrul tersentak. Biar betul. Kawen? Dengan siapa? "Awak betul-betul ke memain ni?"
"Hmmmm."
"Oh... Tahniah."
"Tapi, walaupun kita dah kawen, kita still boleh berkawan kan?"
"Tanyalah suami awak."
"Kita belum kawen lagilah!"
"Tapi, awak dah nak kawen kan?"
"Yela. Tapi belum kawen."
"Okay. Kalau macam tu, tanya bakal suami awak."
"Hmmm. Okay."
"Awak, jom whatsapp nak?"
"Okay."

***

Awak dah sayang kita lebih dari seorang kawan?
Awak?
Kita tanya awak.
Taktau.
Awak memang suka buat kita keliru macam ni. :(
Kenapa awak tak friendzone-kan kita dari dulu?
Kita tak penah friendzone-kan awak.
Kenapa tak?
Awak memang nak kita friendzone-kan awak ke?
Entah.
Kita cuma nak tahu perasaan sebenar awak.
Kalau awak tahu, dapat mengubah apa-apa ke?
Yup. Melainkan awak dah ada orang lain.
Ubah apa?
Kita nak bina masa depan dengan awak.
Maaf. :(
Maknanya tak la ni?
Maaf. :'(
Kita sayang awak.
Kita pun sayang awak. Tapi, kita mintak maaf.
Boleh bagi kita satu peluang untuk kita bagitahu perkataan yang kita tak pernah bagitahu awak?
Apa dia?
I love you, sayang. Selamat berbahagia. :')
And... I love you too. Semoga awak berbahagia jugak. Sorry for not being able to make you happy. :')

Akhirnya, serpihan hati tersebut terpaksa juga dikutip.

***

Twitter Wana:
Baru aku sedar bahawa menyayangi tak semestinya memiliki.

Twitter Shahrul:
Saya terima itu sebagai takdir saya. :)

Wana lekas pergi ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan menghamburkan segala rasa pedih dan tangisannya kepada Pencinta yang tak pernah mengecewakannya. "Ya Allah Ya Tuhanku. Andaikata dia bukan diciptakan untuk aku, maka redhakanlah hati aku. Tetapkanlah jodoh aku dengan lelaki yang melabuhkan cintanya kepada-Mu agar bertambah kecintaanku kepada-Mu. Aminnn." Pantas tangan diraup ke muka. Wana bingkas bangkit dan menengadah langit ciptaan Ilahi sambil membiarkan pipinya dinodai airmata.

Cinta itu ada. Cuma, bukan milik kita.

3 comments:

Anonymous said...

Wow!

Anonymous said...

Ehem ;) wow!

Mynnie. said...

kawan aku nama wana. ni boleh jadi bahan utk buat bahan best ni. thank youu!