Friday, May 25, 2012

Kasih sampai syurga 4~

"Kakak, nanti bila adik dah sihat, kita pegi makan aiskrim eh." pinta adik dalam suara yang lirih, membuatkan kolam airmata yang sudah kering basah kembali.

Aku mengangguk perlahan. Sebuah senyuman manis cuba diukir pada raut yang sedih.

"Dah, tak payah fikir benda lain dulu. Yang penting, adik makan ubat, dengar cakap doktor, bolehlah keluar hospital cepat." Kepala adik diusap lembut.

"Kakak, nanti buatlah trifle. Adik teringin nak makan."

Aku hanya memandang dengan pandangan yang tidak mampu ditafsirkan. Bimbang andai permintaan ini adalah permintaan terakhir daripada adik. Pada masa yang sama, bimbang jika tidak dapat menunaikan permintaan tersebut.

"Ish, kan kakak dah cakap takyah fikir. Dah. Rehatlah dulu. Kakak nak pegi solat jap."

Terus aku mengambil kain telekung yang diletakkan dalam laci di sebelah katil. Tiba-tiba aku merasakan seperti pergelangan tanganku dipaut. Aku lantas menoleh pada adik yang sedang berbaring. Ekspresi wajahku menghantar persoalan 'kenapa' padanya dijawab dengan senyuman nipis. "Thanks, kakak. Adik pun sayang kakak jugak." Lalu memelukku yang masih kaku dan bingung dengan perlakuannya. "Dah lah. Jangan menangis. Cepatlah pegi solat. Boringlah duduk sorang-sorang ni." Adik melepaskan pelukan dan membawa keluar Blackberry dari bawah bantalnya.

Aku mengangguk sebelum berjalan ke surau dengan perasaan yang bingung dan bimbang dengan tindakan adik yang pelik-pelik. Sambil galak berdoa pada Tuhan janganlah perkara yang tidak-tidak berlaku pada adik bongsu yang aku sayangi, aku percepatkan langkah ke surau yang terletak pada aras yang sama. Ingatanku melayang pada perbualan dengan ayah setahun yang lalu.

***

"Ayah nak bagitahu Kakak something ni." Mukaddimah daripada ayah cukup untuk membuatkan dadaku berdegup pantas sepantas terjunan air.

"Adik tu...tak lama dapat hidup. Dia ada kanser. Jadi, kalau dia nak apa-apa tu, kalau boleh tunaikanlah."

Allah! Dugaan apakah ini Ya Allah... Airmata yang bertakung di pinggir mata disekang daripada tumpah menyembah bumi.

"Bila dapat tahu? Betul ke?" soalku bodoh. Seolah-olah menunjukkan bahawa aku tak percaya akan hakikat.

"Hari tu." jawab ayah pendek. Cukup untuk membuatkan hatiku diruntun sayu dan disayat pilu.