Saturday, December 10, 2011

Berangan nak tules novel : 2~

"Eh awak, saya taktau la jalan kat sini. Awak cakap dengan lecturer saya lah eh." Yana menyuakan Nokia cikainya pada Puan Nora.

"Milah, awak cakap. Saya taknak." Mudah arahan yang dikeluarkan oleh Puan Nora membuatkan Milah termangu seketika. "Errr... Hello?" Milah mengikut arahan, memang obedient betul lah budak Milah ni. Nak-nak pulak dia yang paling tua antara Yana, Syifa dan Izzani. Jadi, nak taknak kenalah bertindak macam kakak-kakak sket ye dak.

"Oh, hello. Hurmm... Awak tahu tak jalan yang ada simpang lepas roundabout tu? Awak terus je, amek pukul 12 kat roundabout tu, pastu awak belok kiri. Kat situlah Let's Mart. Dekat je." Suara Furqan kedengaran di corong telefon.

Biar betul aku tengah cakap dengan mamat ni. "Errr... Roundabout yang mane ni ek?" Bukan saje menggedik buat-buat taktau, tapi Milah serius blur sebab tiba-tiba kena cakap dengan mamat yang buat dia serabut perut sejak dua menjak ni. "Ohh, okay okay. Nanti kalau sesat, saya suro Yana call awak balik eh. Hihi." Milah tergelak sebab tersedar atas kebodohan sendiri. Agak-agaklah kalau awak tu seronok sangat pon. =.='

Krekkkk. Bunyi keriuk pintu yang dibuka mengejutkan Milah daripada terus berangan dan errr menyesal dengan apa yang takkan penah mampu dia ubah. Benda yang dah pon berlaku, yakni perkenalan dia dengan seorang mamat penyerabut perut yang bernama Furqan Asrar. Kejadah betei.

"Hai kak! Tengah berangan pasal 'Jodoh' lettewwww..." Syifa menyerkap jarang yang tak berapa nak jarang, sebab memang betul pon dia tengah dok serabut perut fikir pasal mamat bertuah sorang tu. Kenapa bertuah? Mahu tak bertuah. Bukan senang Milah nak fikir pasal laki ajnabi. Kehkeh.

"Banyaklah kau punya 'Jodoh'. Could you please stop calling him that? Dah lah masuk tak ketuk, buat orang terkejut je." Milah malas nak melayan telahan Syifa. Sbnanye lebih pada melarikan diri sebab takot terkantoi kering.

"Eleh akak tu yang berangan overdose. Orang dah ketuk sampai nak pecah kot pintu tu. Mujur kayu yang berkualiti tinggi. Kalau tak, alamatnya akak free-free je kena isi borang aduan. Hehehe." Syifa terus menghenyakkan punggungnya di atas katil milik Milah. Novel di tepi katil diambil dan dibelek. Tengok kulit depan belakang, buat muka pelik sikit, lantas meletakkan kembali novel di tempat asal. Tak menarik minat, mungkin. Well, walaupon orang selalu cakap don't judge a book by its cover but we always fail to do so. How ironic.

"Hoi, ape kacau privasi orang ha hujung-hujung minggu ni? Nak ape?" Terjah Milah kasar. Takde mood. Serabut perut fikir pasal mamat tu belum hilang, ditambah lagi dengan zon PMS yang sedang mengganggu-gugat kestabilan politik perasaannya. Kemaen betei Milah ni tau.

Syifa pandang terus muka Milah dan senyum segaris. "Ape cerrrr 'Jodoh'?" Gigi yang lengkap dengan taring dan berlapis-lapis ibarat kuih lapis menghiasi senyuman lebar Syifa. "Ishhhh! Kan dah kate jangan panggil dia macam tu lagi." Milah terus memasamkan mukanya sambil tangan diletakkan di atas perut dan memicit-micit perutnya yang memulas bagai baju yang sedang di-spin.

"Ala akak ni. Dulu akak gak yang kata dia tu jodoh akak. Skang ni nak suro benti panggil dia macam tu pulak. Mane boleh kak. Saya nak doakan akak dengan dia betul-betul berjodoh." Syifa buat muka sekupang. Memang betul pon dulu Milah yang start bergurau dengan budak-budak ni masa first time tengok mamat so-called 'Jodoh' tu. Siap doa bagai masa tengah hujan lebat kot. Saje gurau bodoh. Tak sangka gurauan bodohnya memakan diri akhirnya. Betullah kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak gurau dapat jodoh dengan mamat penyerabut perut. Haihhh... Dugaan apakah ini Tuhan. Milah dah mula nak gila-ala-melankolik.

"Akak ni kenape? Senggugut ke?" Dek sebab reaksi Milah yang berbeza daripada kebiasaan membuatkan Syifa tak jadi nak terus bergurau dengan kakak kesayangannya itu.

Anggukan sekali daripada Milah membuatkan Syifa terus faham. Tapi bukan 'faham' yang diharapkan, tapi ... "Dah mesej 'Jodoh' belum suro dia datang bawakkan ubat?" Mencicit Syifa lari bila tangan Milah dengan tangkasnya melempar bantal peluknya pada Syifa.

Keadaan yang kembali aman setelah Syifa keluar tak sampai seminit kembali disaster bila Syifa menjengukkan mukanya di sebalik tirai pintu. "Akak, kirim salam 'Jodoh' eh. Jangan lupa makan u...." Pintu terus dikatup rapat sebelum lagi satu bantal peluk melayang tepat ke muka. "....bat!" Kedengaran Syifa melaung di sebalik pintu. Milah hanya mampu tersenyum dengan telatah Syifa yang nakal.

"Jodoh-lah sangat. Jadah ada ah." Milah membebel sendirian sebelum back to home from his facebook profile. Ni pon haram J jugak.

1 comment:

Vamp Mary said...

Kak zuely, buat la novel cecepat! org jadi manusia pertama yg beli!

ngehngehngeh xD