Showing posts with label rekaan je ni. Show all posts
Showing posts with label rekaan je ni. Show all posts

Saturday, January 6, 2018

Berangan nak tules novel : 4~

Ini adalah cerita sambungan daripada entri aku sebelum ni. Entri ni serius rekaan and I just realised that I left it hanging for almost 6 years. OMG! I JUST REALISED THAT IT HAS BEEN SIX YEARS WHILE WRITING THIS! HAHAHAHAHAHA. 

So, sorry la ya kalau cerita-cerita rekaan acah2 novel lepas ni dah tak se-best dulu (bajet dulu best ahaks) sebab mungkin sudah hilang jiwa kacau (dan gatal merenyam) seorang remaja. Sekarang ni, lebih kepada mak-mak punya style muahahahahahaha.

Enjoy reading!

***

Telefon berdering buat kesekian kalinya. Sebagai seorang yang sempoi lagi mempoi, Milah sudah semestinya baru lepas mandi dan tengah bersiap ala kadar. Telefon berdering tapi entah di manakah tempat terakhir dia mencampakkan telefon murah tersebut. Nokia cokia yang buat pakai call dan sms. Call lama-lama pun takde hal sebab bateri tak cepat kong.

"Yo-bo-se-yo..." Milah berseloroh. Menjawab telefon dengan perkataan korea.

"MILAHHHHHH!"

Telefon terus dijarakkan dari telinga. Gila. Boleh pecah gegendang telinga aku woi!

"Errr... cari siapa ya?"

"Banyak kau punya cari siapa! Kau turun cepat. Lama dah Kak Q tunggu kau ni woi. Kau ni kan, mengalahkan pompuan yang pakai mekap apa segala la punya lambat bersiap!" Maki beliau lagi.

"Eh, ni Tim ke?"

"Yelah pompuan wehhhh. Bateri hp Kak Q kong. Tu yang aku tolong call kan ni."

"Chop!"


"Hah apa lagi!"


"Kenapa tak keluar nama kau pun weh?"


"Aku call pakai nombor roommate aku. Kau la ni. Bersiap lama kemain. Kesian Kak Q dah tunggu lama..."


Tut...tut...tut...

"MILAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!"

Bergegar satu asrama dengan jeritan Tim. Bertuah punya budak! Aku belum habis cakap, kau dah letak telefon eh.

Milah ketawa mengekek. Dia memang suka menyakat dan mendidihkan darah Tim, kawan sekelasnya. Tim memang terkenal dengan mulut kebayan. Jangan bagi dia menjerit dan membebel. Kalau dia dah start menjerit, tu bukan lagi jeritan. Tetapi, sesungguhnya itu adalah petirrrrr kehkehkeh.

Milah terus sarungkan tudung bawal kangaroo ke kepalanya. Zaman-zaman belajar, memang tudung bawal kangaroo ni femes okayyy.

Alamak, boleh pulak ada gelembung kat belah dalam tudung ni. Nak kena tiup berapa kali ni baru nak jadi. Mampus aku. Dahlah dah lambat ni. Habislah reputasi aku sebagai bakal adik ipar yang baik lagi menepati masa ni.

Ah lantaklah. Sambung pakai dalam kereta Kak Q jelah. Dia terus sambar beg galasnya dan menyarung sneakers. Seusai menarik daun pintu, Milah terus berlari-lari anak menuju ke hati bakal kakak iparnya. Cewah! Banyaklah kau punya kakak ipar!

***


Monday, January 16, 2017

Aku ada pilihan ke? : Part 6~

"Weh Anum, aku rasa keliru la." ujarnya tetiba. Chopstick yang membelit megi kari diputar tanpa tujuan.

"Kau dah kenapa? Keliru pasal apa pulak ni?" Mangkuk megi kari bertukar tangan. "Bak sini aku makan sambil melayan kekeliruan kau." Haru punya budak. Pantang nampak megi, mesti nak disauknya.

"Kau ingat lagi tak mamat yang aku cerita kat kau haritu?"

"Mamat mana weh? Banyak sangatlah mamat kau ni. Aku pun dah keliru." Ketawanya memecah kebuntuan.

"Haaa! Aku ada satu idea!" Tempik Anum tiba-tiba.

Mataku dilirik sinis. "Apa aje la idea kau tu?

Anum sua mangkuk megi kembali kepadaku. Dia melompat dari katil menuju ke kerusi study. Kakinya disilakan. Cuba menyelesakan duduk.

"Cepatlah... Apa idea kau yang mantop lagi bernas tu?" Tanyaku tak sabar.

"Kau dah buat istikharah?"

Aku angguk lekas.

"Haaa kau tunggu jelah sampai dapat jawapan dari Tuhannnn yang Esaaa."

Pap! Aku lekas tampar betis Anum. Kurang hasemmm kau main-main eh aku tengah serius ni.

"Siot! Tu aku pun tahu. Dah hati aku yang tak tenang sekarang ni macam mana?"

Mengekek Anum ketawa. Suka benor dapat mengenakan aku la tu.

"Taklah weh. Aku rasa kan, apa kata kau list-kan pros and cons. Kalau kau ada lebih daripada sorang pilihan la. Yelah, kau kan hotsetap!" Usik Anum lagi.

"Tahik!"

Aku hantar satu jelingan maut.

"Malaslah nak cakap dengan kau." Aku habiskan suapan terakhir megi kari yang dah sejuk pun.

"Aku nak pergi basuh pinggan pastu terus balik bilik."

Anum lekas memaut lengan aku.

"Weh, rilek ah. Takkan gurau pun takleh?"

Aku tarik nafas panjang sambil berdecit menahan pedas. Boleh tahan pedas jugak megi ni.

"Hmmm bukan takleh. Boleh tu memang boleh tapi masalahnya sekarang ni, aku tengah serabut."

Tangannya diangkat tanda mengalah. "Okay kay, sorry kay. Kali ni aku serius." Dia beralih tempat ke katil pula.

"Malaslah. Aku chow dulu." Aku bingkas bangun dan tinggalkan Anum terpinga-pinga.



Tuesday, September 23, 2014

Aku ada pilihan ke? : Part 5~

"Okay, anda boleh bersurai."

Terus ditoleh ke belakang. Bibirnya lekas menayang secarik senyuman yang sangat sukar ditafsirkan. Mungkin saja lega kerana akhirnya paper terakhir bagi sem terakhir untuk pelajar tahun akhir sudah pun berakhir. Mungkin juga sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan yang bukan hanya sekadar kawan, tetapi seakan rasa lebih dekat dari denyutan jantungnya sendiri.

"Laika, jom pegi Seoul Garden petang ni!" Matanya terus dikalih pada suara yang menegurnya. Ainatul Khairina atau lebih femes dengan nama Kree pamer iklan gigi depan bijik matanya. 'Ceh, mementang gigi lawo.'

"Sape lagi ikut?"

"Tinggal kau je sekarang ni. Kalau kau on, chantekkk dah!"

"Berry?"

"On."

"Dayang?"

"On."

"Madu?"

"On."

"Saiyo?"

"On."

"Satu kelas ke weh on ni?"

Tak pepasal hilai mak lampir Kree menggema dalam dewan yang sebesar padang bola tu.

"Woi! Kau ni dah kena rasuk ke? Aku tanya serius ni." Dia segera menekup mulut kawannya yang seakan-akan dirasuk itu.

"Kau ni... macam tak biasa. Geng-geng betrayer la weh. Yang lain tu selalu sembang je, kang tak jadi aku jugak yang hangen."

Dia segera mengangguk sambil matanya dihalakan pada pensyarah-pensyarah yang sedang sibuk menyusun atur kertas jawapan terakhir mereka tadi. 'Mintak-mintak YR lembut hati tanda kertas aku. Aminnn.' Sempat lagi tu hati dia berdetik menitip doa.

"Okay la, on je. So nak pegi terus ke nak balik tido dulu?"

"Pegi terus la weh. Aku ni kalau dah balik, memang alamatnya esok jelah baru kau nampak muka aku."

"Eh boleh ke keluar sekarang?"

"Ek eleh, kata senior. Sukahati la nak keluar bila pun. Ke... kau takut? Kemonnn... sejak bila Zulaikha jadi penakut ni? Laika kot..."

"Diam ah kau. Jom gerak!" Diangkatnya tiga batang pen, ic dan kad matriknya atas meja dan lantas berlalu meninggalkan dewan periksa.



Monday, June 17, 2013

Aku ada pilihan ke? : Part 4~

Button play diulang tekan buat kali keberapa dia pun tak sure. Yang penting, lagu yang sama berulang kali dipalu di pendengarannya. Jelas.

Bibirnya turut sama miming bait-bait lirik lagu tersebut.

Cause I don't wanna lose you now
I'm looking right at the other half of me
The vacancy that sat in my heart
Is a space that now you hold
Show me how to fight for now
And I'll tell you, baby, it was easy
Coming back here to once I figured it out
You were right here all along
It's like you're my mirror
My mirror staring back at me
I couldn't get any bigger
With anyone else beside of me
And now it's clear as this promise
That we're making two reflections into one
Cause it's like you're my mirror
My mirror staring back at me, staring back at me

Seriously, the other half of us is our reflection?

So, dalam equation mudahnya if you are bad, then the reflection of yours won't be that white, no?

Ah apa payah nak fikir. Kan Allah pun dah terang-terang kabo "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya."

What more to argue, huh?

Vibrate di atas meja memecahkan cerminan lamunannya. Inbox dibuka and an unexpected text coming from the ex senior made her realize that there are people who still care about you, Zulaikha. Be grateful then.

'Selamat menempuh semester baru. Semester last yang akan penuh dengan action research, tesis dan viva. All the best! :)'

Bibirnya mengoyak senyum nipis. Jemarinya lantas menjalankan kerja, membalas mesej tersebut.

'Aaaaa sweetnya! Gomawoyo unnie!'

Tipulah kalau kata dalam hidup ni kita tak perlukan orang untuk peduli pasal kita. Tipu juga kalau kata kita tak perlukan orang untuk dipedulikan. Bila mana hakikatnya Allah dah siap-siapkan fitrah manusia ini adalah saling memerlukan.

Nafasnya ditarik dalam.

Masih ada yang sayang, Zulaikha.

Masih jauh perjalanan yang menanti, Zulaikha.

Masih perlukan kekuatan untuk teruskan pengembaraan di bumi Tuhan.

Telinganya kini diganti hidang dengan Qasidah Ya Badrotim.

Ya Allah, masih tersisakah keampunan-Mu buatku hamba yang hina? 

Matanya yang berkaca dibiar tak berusik.

Semoga esok masih ada untuk aku perbaiki tahap kehambaan aku.

And the lid shall close, so the eyes.

Guten nacht, amor.

:)


Sunday, May 12, 2013

Aku ada pilihan ke? : Part 3~

Matanya ditahan kantuk dengan sangat gigih. Sampai ada rasa nak dirikan pencungkil gigi di antara kelopak bawah dan atas mata. Amboi, beria benar tahan kantuk.

Allah, mengantuknya!

Helaian kertas yang berada kejap di pegangan diselak malas. Ada lagi berbaki tiga ke empat helai sebelum dia selesai mengkhatamkan pembacaannya.

Dia sekarang dah padan benor dah dengan peribahasa bagai mengantuk disorongkan bantal ni. Takde bantal kekabu, bantal lengan pun jadi. Ah lantak dengan bacaan yang belum berkhatam, janji ubat kepada mengantuk dilunaskan - tidur.

"Woi!"

Siapa pulak yang kemain tinggi suara sampai cecah 5 oktaf ni. Taktau ke aku ni memang pantang kalau orang bising time aku baru nak bermimpi ke bulan.

"Kau dah habis study belum Zulaikha woi? Kau jangan nak buat gila. Paper ni payah kot, banyak benda pulak tu nak kena baca." Dia terus sambung berleter.

Dan orang yang sedang dileterkan terus berlayar menuju ke bahtera mimpi yang sangat indah. Mana tak indah kalau dah apa yang dibaca sebelum terlelap habis semua jadi mimpi.

"5 minit je, Ja. Aku ngantok gila tak dapat tahan ni." Bercakap tanpa membuka mata. "Nanti lepas 5 minit, kau kejutlah aku eh. Thanks." Sambungnya lagi.

"Ah engkau dengan 5 minit kau punya tidur boleh pergi makan cendol. Bukan boleh percaya kau ni kalau dapat tidur." Dia dah mula buka langkah.

"Bangunlah sayang oi. Bangunnnnnn!" Gema suara tersebut dapat didengari sampai ke blok sebelah. Punyalah kuat. Malaun betul la. Nak tidur kejap pun tak aman. Hekeleh.

"Kalau aku bangun pun bukan aku dapat fokus apa yang aku baca. Baik aku tidur dulu pastu nanti lepas aku bangun dan segar, barulah semangat dan masuk apa yang aku baca betul tak Jaja sayang?" Mukanya ditarik merayu, nak kata sekupang pun tak. Rendah lagi kot. Amboi.

"Okay lepas 5 minit kau tak bangun, siap. Aku siram kau dengan air pili bomba."

"Aku tahu kau sayang aku. Sepuluh minit eh Ja."

"Banyak kau punya sepuluh! Lima je. Not more than that. Pastu turn aku pulak nak tidur."

Hekeleh!

Edu. Kaunseling kanak-kanak. Kemahiran parafrasa. Isyarat bukan lisan. Prinsip bimbingan dan kaunseling. Yada yada yada... Meh sini aku bawak masuk mimpi.

Sekarang...

Aku nak tidur!

Monday, April 29, 2013

Aku ada pilihan ke? : Part 2~

"Apa lagi kurangnya saya ni Zulaikha?" tanya lelaki yang berdiri kurang daripada 10 meter di hadapannya.

"Kenapa mesti ditanya apa yang kurang?"

Dingin. Namun, kedinginan tersebut langsung tak membekukan hati lelakinya.

Argh lelaki. Reti sembang kencang je kalau cakap pasal kawen. Hakikatnya, haprak. 

Dia menarik headphone dari bawah katil. Wayar penyambung dicucuk ke lubang khas pada laptop. Ikon itunes diklik dan lagu dipilih secara rawak.

Hall of fame mula menjamah pendengarannya.

Yeah, you can be the greatest
You can be the best
You can be the King Kong banging on your chest

Alahai takde lifenya aku ni. Patut weekend macam ni dah dok melayan anak dah kot. Ini, melayan anak tekak pun aku dah muak.

Anak konon. Calon suami pun takdak, boleh blah nak sembang pasal anak. Huh.

"Oi, aku nak pergi PC Fair ni. Kau nak ikut tak?"

Anganannya berkecai. Pandangannya terus dilempar pada arah suara yang bertanya.

Meow. Atau nama sebenarnya Puteri Khalidah Megat Hairy yang merangkap roommatenya dipandang sekilas.

"Malaslah, Meow. Aku senggugut ah." Mukanya sengaja dicemberutkan dengan tangan memicit-micit perut.

"Oooo first day eh?"

Angguk.

"Kalau macam tu, aku pergi dengan Auni jelah." Dia terus menyarung tudung syria. Dasar pemalas nak iron tudung bawal memang macam tu. "Ada nak pesan pape tak?" Tanya dia sambil tangan membetul-betulkan letak inner tudung syria.

"Ada."

Pandangan kedua-duanya serentak dikalih, memandang satu sama lain.

"Jodoh satu. Manis lebih, beragama, penyabar dan ada kerja tetap eh. Emmm ikat mati."

"Hangguk kau lah!"

Meledak ketawanya melihat muka Meow yang memerah menahan marah.

"Rilek ah Meow. Kau kalau marah kan, lagi terserlah muka kekucingan kau tu tau." Ketawanya sengaja dicicipkan. Memang berniat nak menyakitkan hati roommate sendiri. Dasar.

"Kau ni kan... Mujur. Mujur aku ni penyabau orangnya. Kalau tak, dah lama makan penampau."

"Apa? Kau nak belikan aku pau? Ya Allah, sedapnya kalau dapat makan pau dengan air teh o panas hujan-hujan cenggini." Ketawanya makin galak.

"Malas aku layan kau. Makin dilayan, makin gila aku dibuatnya. Dah, aku pergi dulu."

"Okay. Jangan lupa tau bawak balik jodoh untuk aku satu!"

"Eeeeeeeee annoying orange!"

Memang expert betei dalam bab buat orang annoyed tau kau ni, Zulaikha. Macam ni nak orang amek jadi bini? Kirim salam.

Huh.

Saturday, April 27, 2013

Aku ada pilihan ke? : Part 1~

"Awak pernah dengar tak cerita Nabi Yusuf dengan Zulaikha?"

Pandangannya dilayang pada hamparan rumput yang menghijau. Saujana mata memandang.

"Pernah. Kenapa?" Dia jawab tanpa menoleh. Sedikit pun.

"Errr what's your name again?" Soalnya tanpa nada sambil tangan meraba poket mengambil Blackberry kesayangannya.

Apa barang entah pakai BB. Blergh.

"Zulaikha."

Jawapan sepatah membuatkan dia hanya mampu tersenyum. Dingin kemaen.

"Ooooo Zulaikha." Kepala diangguk-angguk beberapa kali.

Diam.

Matanya ralit pada sebuah henpon bijak di tangan.

"Sudi tak kiranya awak terima saya sebagai Yusuf awak?"

Huh?

Rahang jatuh. Segera dikatup mulut supaya takdelah nampak macam melopong benau.

Kejadahnya mamat ni. Tetiba pulak bagi ayat jiwang tahap kencing manis apahal.

"Errr tapi bukan nama awak memang Yusuf ke?" 

Matanya membuntang semasa bertanya. Kalau tak dibuntangkan pun dah memang buntang. Tapi dah sebab terkejut punya pasal, lebih ler buntang gamaknya.

"Betul."

Blackberry kembali dimasukkan dalam poket seluar.

"Tapi, soalan saya... Sudi tak awak terima saya sebagai Yusuf awak?"

"Buat mende nak jadi Yusuf saya?" Keningnya hampir bertaut. Pelik dengan soalan tahap tingkatan 6 macam tu.

"Awak jadi jelah Yusuf sebab dah memang nama awak Yusuf kan. Apa kes pulak tetiba nak jadi Yusuf saya? Saya bukan Yusuf, saya Zulaikha!" Nada suaranya yang tegas hanya mengundang tawa.

Ada jugak aku tapakkan budak ni dengan kasut saiz 12 aku ni karang. Blur boleh tahan.

"Awak ni memang tak faham ke buat-buat tak faham?" Dia bertanya serius.

"Saya...taknak faham! Dah diam. Saya nak masuk dalam."

"Amboi dah macam pantun tiga kerat. Nak saya tambah lagi sekerat?"

Pffftttt.

"Zulaikha..."

Langkahnya terhenti pada sepatah panggilan tersebut. Segera pandangannya dipaling menala suara yang memanggil.

"Saya tanya serius. Sudi tak awak jadi isteri saya?"

Nafasnya ditarik dalam sebelum dilepas perlahan.

"Yusuf... Kenapa awak tak cakap terus kat ayah saya?" Tanpa riak dia menuturkan.

"Saya dah cakap. Awak je yang tak tahu atau lebih tepat, awak buat-buat tak tahu atau awak taknak amek tahu."

Eh sedap je mengata aku tau mamat ni. Sekali aku sekeh, hilang jambul tu karang.

Badannya dipaling betul-betul menghadap orang yang dilawan cakap.

"Bila masa awak cakap? Kenapa ayah tak pernah bagitahu pun ada orang cakap kat dia yang nak jadikan saya isteri?"

"Manalah saya tahu. Mungkin ayah awak taknak awak terkejut kot."

Dah kenapa pulak ayah taknak bagitahu sebab taknak aku terkejut? Mamat ni biau betul.

"Tapi yang penting, lepas raya nanti family saya datang rumah awak. Meminang."

Eh sukahatinya mamat ni buat keputusan. Makan penampau sulung aku jugak karang.

"Hey mister. Awak tahu kan lepas raya tu tak lama dah? Tinggal kurang seminggu je tahu."

"Tahu." Dia tarik senyum segaris.

Pehhh muka memang kacak. Tapi kalau kacak buat sakit hati pun tak guna jugak.

"Kejap. Meminang tu kira kalau saya tolak pun takpe kan?" Dia bertanya dengan sungguh-sungguh.

"Woi! Jangan nak buat gila eh. Asal pulak awak nak tolak?" Hilang terus riak tenang di wajah bersihnya.

Bhahahahahaha. Reti gelabah jugak mamat ni rupanya.

"Orang tanya je kot." Suaranya menggumam perlahan.

"Memanglah boleh kalau awak nak tolak. Tapi, apa rasional awak nak tolak? Sebab awak tak suka saya? Sebab awak rasa saya annoying? Sebab saya tak cukup kacak untuk awak? Sebab saya tak mampu nak jadi imam awak? Sebab apa?"

Eeeeeee hai mamat ni. Tak cukup dengan gelabah, perasan pulak tu. Ni boleh bikin kentut berdarah.

"Sebab...sukahati sayalah nak tolak pun!" Dia membulatkan mata dan mencebik sebelum terus melangkah masuk ke dalam rumah dengan selamba.

Win Zulaikha win. Memang win. Daebak!

Wednesday, November 21, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 20 (Final)~

Bayangan seorang lelaki yang tinggi lampai dengan bersaiz sederhana besar dipandang dari jauh di balik cahaya. Matanya dikecilkan untuk memberikan kesan fokus yang tinggi untuk mengecam.

Semakin bayangan tersebut mendekat, semakin kelihatan familiar pada pandangan matanya. Tak semena-mena, peluh dingin terasa merembes di dahinya. Tangannya kesejukan, jantungnya berdegup melebihi halaju 120km/j.

"Assalamualaikum." Ucapan salam daripada seorang lelaki tegap dan tinggi, berkaca mata hanya dijawab dalam hati. Tak berani mengangkat pandangan menentang dua pasang mata (campur spek) milik lelaki tersebut.

Suara garau tersebut membuatkan tekaknya payau. Hatinya dihurung sejenis perasaan yang sukar ditafsirkan.

"Qistina..." panggil lelaki tersebut sambil tangannya memagut dagunya dan diangkat ke atas, menentang mata redupnya.

Matanya segera dipejamkan. Masih tak berani melihat apa yang berada di hadapannya.

"Qistina..." panggilnya lagi. 

"Hey, kenapa pejam mata ni?" tanya lelaki tersebut sambil tergelak kecil melihat telatah Qistina yang kebudak-budakan.

Qistina tetap berdegil. Matanya makin dipejam erat dan tangannya sedikit menggigil.

"Qistina, kenapa ni? Kenapa taknak pandang saya?" tanyanya lagi kehairanan.

Dengan mata yang terpejam, dia menggeleng laju.

"Taknak bukak mata. Awak keluar dulu baru saya bukak mata."

"Omboh. Baru first day dah nak derhaka kat suami ke macam mana ni?" provoknya.

Segera matanya dibuntangkan.

Yes, provokasi berjaya! Dia senyum kecil melihat telatah Qistina.

"Mana aci!"

"Apa?" riaknya tak bersalah.

"Yelah, mana aci awak ugut macam tu. Huh!" Qistina memeluk tubuh. Geram diugut sebegitu rupa.

Ketawanya pecah.

"Habis, Qistina nak saya tunggu sampai bila baru awak nak bukak mata tu?"

"Tak payahlah tunggu. Keluar jelah."

"Halau suami nampak?"

"Dahlah. Malas nak layan awak." Dia lantas bangun dan menuju ke meja solek. Brooch di tepi tudungnya dibuka. Segala jenis pin dan mahkota yang terletak indah di kepalanya ditanggal. Dia cuba buat selamba walaupun dia tahu ada yang sedang memerhatinya di balik refleksi cermin.

"Tak payahlah tengok. Ish." Dia membentak.

"Kahkahkah! Takkan nak tengok isteri sendiri pun tak boleh?"

"Tak payah. Tutup mata tu."

"Ish mana boleh. Rugilah saya tak dapat tengok keindahan ciptaan Tuhan."

Tawanya meletus. "Hahahaha. Bongeknyaaaaa. Keindahan ciptaan Tuhan la sangat kan."

"Haaa pandai pun nak ketawa. Meh kat abang sini meh."

"Abang? Euwwwww. Puh-leaseeee."

"Haip. Sapa ajaq cakap macam tu?"

"Abiang."

"Qistina... Meh kat abang sini meh." Panggilnya lagi sambil tempat duduk di sebelahnya ditepuk perlahan.

"Takmau."

"Pehh. Abang taktau isteri abang ni boleh tahan ketegaq noeee."

Dia hanya menjeling sekilas suaminya dan meneruskan sesi menanggalkan segala jenis pin yang melilit kepalanya.

"Ke nak abang panggil Yiying?"

"Panggillah..." Dia mencabar.

"Yi....."

"Diam ah!"

Tanpa perlu ditunggu, ketawanya meletus.

"Orang datanglah ni. Tak reti sabaq. Nak bukak tudung pun tak senang." Dia mendengus.

Belum sempat punggungnya mencecah tempat yang dituju, tangannya ditarik dan dia terduduk di atas ribaan suaminya.

"Ish apa ni." Dia meronta kecil apabila tak pepasal dirinya dipeluk dari belakang atas ribaan seorang lelaki. Okay, lelaki tu memang dah sah jadi suami. But hey, behave la sikit!

"Apa ni apa? Salah ke?"

"Memanglah tak. Tapi eeeeee sabar boleh tak?"

"Tak." Jawapan sepatah suaminya berjaya membuatkannya gelak bagai digeletek.

"Farhan!"

"Ya saya?"

"Thanks."

"For?"

"For hurting me, you idiot!"

Tawa keduanya pecah.

***


"Saya tak pernah tolak kalau kita ada jodoh, Qis."

"Tapi kenapa mesti awak buat saya macam ni?"

"Cuma, saya rasa sekarang bukan waktunya."

"Habis, bila?"

"Bila masa yang sesuai tiba."

"Alasan. Losers always make excuses."

"Terpulang pada awak. Jaga diri."

"Saya benci awak! Saya benci awak, Farhan!"

"Bencilah, kalau itu yang boleh buat awak bahagia."

"Jangan cari saya lagi! Awak dah mati dalam hidup saya, Farhan."

"Saya akan datang untuk rawat luka awak nanti, Qistina. Assalamualaikum."

Cinta pertama yang begitu menyakitkan membuatkan dia paranoid terhadap sekeping hati yang mampu membuatkan perasaannya lumpuh.

Hadir Thaqif yang kononnya memberi cahaya pada kegelapan cintanya akhirnya hanya menambah garam pada lukanya.

Syafaat pula hadir pada saat hatinya tidak mampu lagi berkompromi. Tiada langsung ruang yang dibuka untuk lelaki selepas Farhan dan Thaqif. Walaupun kata orang cintailah yang mencintai, hatinya tetap tidak berjaya melunaskan kata-kata tersebut. Akhirnya Syafaat menyulam kesedihan pada sekeping perasaan cinta tak berbalas.

Meski Thaqif datang semula melamarnya menjadi suri hidup, namun Farhan terlebih dahulu hadir tanpa diduga. Pertemuan yang tak dijangka membuatkan dirinya sedar bahawa jodoh can be funny sometimes. Walaupun mulutnya kata dia benci pada Farhan, namun tidak pada hatinya.

***

Sebaik dia menoleh untuk ke luar surau, pandangannya berlaga dengan sepasang mata redup yang kebetulan sedang memandang ke arah tempat dia berdiri.

"Qistina..."

Walaupun tidak jelas pada pendengarannya, namun matanya dapat menangkap dengan jelas gerak bibir lelaki tersebut menuturkan namanya.

Allah! Malapetaka apakah ini. 

Sepantas kilat, langkahnya diatur menuju ke toilet meninggalkan lelaki tersebut dalam keadaan yang masih terkejut. 

Dia sendiri tidak menyangka boleh terserempak dengan Farhan di rumah Allah. Apa yang Kau ingin tunjukkan padaku Ya Allah?

***

Pertanyaan tersebut berjaya membuatkan dinding egonya runtuh lalu menumpahkan airmata mencemar duli menjamah pipi.

"Qistina? Awak kan ni Qistina? Qistina, say something please..." Suara garau yang pada awalnya kedengaran tenang mula bergetar demi memanggil nama insan yang sangat dirinduinya.

"Awak..." Bergetar hebat suaranya memanggil perlahan.

"Qistina! Damn. I knew it!"

Diam. Esaknya menggila. Tangannya menekup mulut, menggigil.

Kedengaran suara garau yang kian bergetar kini mula mengendur dan dia terdengarkan tangisan kecil di sebalik corong telefon yang menjadi penghubung.

"Qistina... Maafkan saya, Qistina. I didn't mean to hurt you."

"I hate you, Farhan. I hate you!"

***

Qistina baring, menala siling. Tangannya memeluk erat bantal spongebob yang dihadiahkan oleh seorang kakak senior yang rapat dengannya. "Yaya..." Dia memanggil perlahan seakan-akan berbisik.

"Hmmm?"

"Kalau aku taknak dia, boleh tak?"

"Siapa? Farhan?"

"Haah."

Yaya mengukir senyuman nipis sambil bahunya memegang dan menepuk-nepuk tangannya. "It's your call, darl."

***

Sebelum betul-betul terlelap, dia cepat-cepat menghabiskan kiraannya. "Lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh. Okay dah!" Matanya terus dibuntangkan mencari kelibat Yiying.

"Assalamualaikum."

Suara garau menjamah pendengarannya. Matanya dihidangkan dengan senyuman manis seorang lelaki yang berada kurang daripada 2 meter di hadapannya.

Mata yang sedia buntang serasa seperti ingin menjamah lantai, keluar daripada soket. Rahangnya jatuh teruk. Buat pertama kali, dia tidak mempercayai mata kepalanya sendiri dan terasa ingin lari dari situ secepat mungkin, selaju mungkin. 

Tapi, lari ke mana?

Kenapa mesti berjumpa dengan insan bernama Farhan di saat aku tak ingin pun melihat bayangnya?

Well, jodoh can be funny sometimes.


Wednesday, November 14, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 19~

"Ayah rasa dah tiba masanya untuk kita bincangkan hal ni."

Muka serius ayah dipandang cuak. Hal apa pulak ayah ni. Kemaen serius muka. Tanpa semena-mena, Qistina mengerutkan dahinya melihat riak wajah ayah.

Ibu hanya duduk membatu di sebelah ayah. Menyampuk tidak, mengangguk pun tidak. Dia semakin bingung. Hal apa ni?

Tapi, bibirnya seakan terkunci. Tak berani untuk bertanya apakah perkara yang hendak dibincangkan oleh ayah dan ibu.

"Sebenarnya..." Ayah menutur perlahan menyusun ayat permulaan sambil matanya diangkat menatap sebuah pandangan redup anak perempuan tunggalnya.

"Ni..."

HUH?

Matanya terbeliak demi terpandangkan sebuah kotak baldu berwarna merah hati berbentuk empat segi sama berada dalam genggaman tangan ayahnya dan kini beralih tempat di meja ruang tamu.

Fikirannya berkecamuk. Cuba mengagak apa yang cuba hendak disampaikan oleh ibu dan ayah.

"Apa ni ayah? Kenapa tiba-tiba ayah nak bagi kakak barang kemas ni? Hari jadi kakak kan dah lepas." Dia cuba menenangkan perasaannya sendiri dengan bersangka baik.

"Nak kata kakak dapat Dean's List pun tak. Ni hadiah sempena apa ni yah?" tanya dia yang masih mahu menolak andaian bahawa ada orang menghantar cincin tanda untuknya.

Ayah hanya mampu menggeleng bagi setiap pertanyaannya.

"Bukan ayah atau ibu yang beli pun. Tapi ada orang bagi."

ALLAH!

"Wakil orang yang berkenan kat kakak." ujar ayah lagi.

Mukanya ditunduk menekur lantai. Perasaannya kacau bilau. Baru tadi terserempak dengan wajah yang tak ingin diingati dan sekarang ayah kata ada orang hantar cincin tanda?

"Siapa?" tanyanya sepatah.


"Ayah pun tak kenal. First time rasanya ayah jumpa dia dan famili dia."


"Dia? Siapa dia?" Nada suaranya menjadi sedikit mendesak.

"Thaqif." jawab ayah sepatah. Namun, jawapan sepatah ayah pantas membuatkan airmatanya luruh tanpa mampu disekang lagi.

"Kakak masuk bilik dulu." Pantas dia berdiri dan ingin mendaki tangga ke biliknya.

"Kakak..." panggil ibu namun pantas ditahan oleh ayah. Cuba memberi ruang untuknya menenangkan hati dan perasaannya.

Ibu yang turut sama merasakan kesedihan Qistina menangis di bahu ayah tanpa sedikit pun rasa malu.

***

"Saya tak pernah tolak kalau kita ada jodoh, Qis."

"Tapi kenapa mesti awak buat saya macam ni?"

"Cuma, saya rasa sekarang bukan waktunya."

"Habis, bila?"

"Bila masa yang sesuai tiba."

"Alasan. Losers always make excuses."

"Terpulang pada awak. Jaga diri."

"Saya benci awak!"

Sunday, November 4, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 18~

"Kakak dah siap?" tanya ibu sambil membetulkan letak duduk telekung di mukanya.

Dia mengangguk pada refleksi ibu di cermin. Ibu mengukir senyum nipis.

"Nampak adik tak?"

"Tu ada tengah bersiap." Dia mula mengatur langkah ke sofa di ruang tamu.

Sementara menunggu, dia membaca majalah Solusi. Dari satu halaman ke satu halaman. Tidak dibaca secara teliti tapi lebih kepada melihat gambar dan kata-kata yang menarik.

"Panggil ayah, kakak."

Tanpa banyak soal, kakinya melangkah mendaki anak tangga. Sesampai di hadapan bilik tidur ibu dan ayah, penumbuknya mengetuk perlahan pintu bilik.

"Ayah, ibu panggil..."

Senyap.

"Okay ayah dah siap," ujar ayah sejurus membuka pintu dan menutup suis kipas. "Jom..."

Dia hanya membuntuti langkah ayah menuruni anak tangga.

"Cepat cepat. Dah nak azan dah ni." Ibu menggesa adik yang masih belum siap.

"Kakak..."

Pandangannya ditalakan pada suara garau yang memanggil.

"Ada apa yah?" tanyanya sepatah.

"Nanti balik surau, ingatkan ayah ya. Ada benda ayah nak bincang dengan kakak."

"Bincang?" Keningnya dikerutkan tanda tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh ayah.

Pertanyaannya dibalas dengan anggukan sekali ayah. "Ingatkan tau."

Dia yang masih blur hanya mengangguk persis ayam mematuk cacing. "Hmmm okay..."

*****

"Kakak? Kakak!" Panggilan ibu tidak dapat didengar dengan jelas kerana pandangannya jatuh pada susuk tubuh seseorang yang sangat dikenalinya.

Hatinya tanpa dipaksa dihurung rasa debar yang menggila.

Aku harap mata aku dapat menipu hati aku dengan baik kali ni. Just, not this time. Dia cuba menenangkan hatinya sendiri tatkala bayangan orang yang tidak ingin diingati menerjah ruang matanya.

"Kakak..." tangan ibu diletakkan di atas tangannya. Pantas pandangannya beralih tepat ke arah muka ibu yang dirundung kerisauan.

"Kenapa ni kakak? Kakak nampak siapa tadi?" tanya ibu prihatin apabila melihatkan perubahan tingkah laku anak gadisnya tanpa sebab.

"Ibu... Boleh tak kakak nak solat kat belakang sikit?"

Permintaannya dibalas dengan anggukan.

"Kakak rasa tak sihat sikitlah. Kakak nak pergi toilet kejap ya."

Sebaik dia menoleh untuk ke luar surau, pandangannya berlaga dengan sepasang mata redup yang kebetulan sedang memandang ke arah tempat dia berdiri.

"Qistina..."

Walaupun tidak jelas pada pendengarannya, namun matanya dapat menangkap dengan jelas gerak bibir lelaki tersebut menuturkan namanya.

Allah! Malapetaka apakah ini. 

Sepantas kilat, langkahnya diatur menuju ke toilet meninggalkan lelaki tersebut dalam keadaan yang masih terkejut.

Saturday, November 3, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 17~

Rintik hujan yang mula menjatuhkan diri menyembah bumi dipandang sepi. Hidungnya menangkap bau hujan yang bercampur dengan tar. Mug yang dipenuhi dengan coklat panas setia berada di genggaman tangannya. Sesekali dia meniup isi mug bagi menurunkan suhu kepanasan coklat panas.

Sikunya dibetulkan bagi memberikan keadaan yang selesa untuk menongkat mug dan seisinya. Pandangannya jatuh pada kabus tebal yang melitupi kawasan di hadapannya.

Dinginnya rasa. Sedingin hati ini.

Spontan satu keluhan halus kedengaran.

"Kakak, berapa kali ibu nak cakap. Tak baik kan mengeluh."

Kata-kata ibunya menjamah fikirannya. Rindunya kat ibu. Detik hati kecilnya.

"Saya sanggup tunggu awak. Sampai awak bersedia. Saya tak kisah kalau awak amek masa yang lama untuk bersedia. Tapi tolong jangan halang untuk saya terus tunggu awak."

Kata-kata Syafaat terngiang-ngiang di telinganya. Ada masa, hatinya seakan-akan mahu mempercayai keseluruhan kata-kata Syafaat. Ada ketika, hatinya sendiri terdetik bahawa apa yang diperkatakan hanyalah kata-kata manis daripada seorang pengayat cinta yang bernama Syafaat.

Tanpa disedari, satu lagi keluhan halus dilepaskannya.

Pantas dia menepuk kepalanya. "Apalah kau ni Qistina. Kan ibu dah kata tak baik mengeluh."

Senyuman sinis untuk diri sendiri terukir elok di bibirnya.

Cuaca yang sejuk ditemani dengan satu mug berisi coklat panas adalah kegemarannya. Walaupun masalah yang dihadapi takkan mungkin selesai dengan semug coklat panas tapi dia puas.

"Kalau awak nak sangat tunggu, terpulang. Tapi saya tak mampu bagi jaminan bahawa penantian awak tidak akan menjadi sesuatu yang sia-sia. Awak pun tahu kan... Hati saya belum lagi terbuka untuk mana-mana lelaki lain. Sorry."

Selesai menuturkan ayat penegasan yang sememangnya melukakan, dia berlalu pergi dalam keadaan yang sangat dingin. Sedingin apa yang dirasakannya kini.

"Kalau kau ada pilihan antara orang yang kau sayang dengan orang yang sayang kau, siapa yang kau akan pilih?" tanyanya pada rakan sekelas yang juga merangkap kawan baiknya, Ririn.

"Orang yang aku sayang tu sayang aku jugak tak?"

Qistina mengangkat bahu.

"Kalau orang yang aku sayang tu pun sayang aku, tu dah dikira satu bonus. Of course aku akan pilih dia." ujar Ririn dengan penuh perasaan. Senyuman penuh satu muka.

"Tapi..."

Anak mata mereka bertemu. Mata Qistina jelas menunjukkan bahawa dia mahu mendengarkan penjelasan bagi sebuah 'tapi' Ririn.

"Tapi?" Keningnya diangkat sebelah.

"Tapi... Kalau orang yang aku sayang tu tak sayang aku, aku rasa aku akan pilih orang yang sayang aku."

Keluhan kecil dilepaskan luar sedar. Mukanya seraya ditundukkan.

"Qis... Sayang ni kan boleh dipupuk. Bukan masalah besar pun kalau kita tak sayang dia pada awalnya. Asalkan dia sayang kita, cukuplah. Bukan ke lebih elok kita pergi kat orang yang sayang kita?"

"Macam mana kalau kita tak berjaya belajar sayangkan dia?"

"Kau dah pernah cuba?"

Geleng.

"See?"

Matanya dirapatkan. Cuba membuang satu persatu perkara yang menyesakkan fikirannya.