Showing posts with label love hurts. Show all posts
Showing posts with label love hurts. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Boleh tak kalau...

Salam and greetings.

Ada satu masa dalam hidup di mana kita berasa lelah dan penat untuk berhadapan dengan segala ragam dunia. Kita tidak lagi berusaha untuk menjadi kuat atau sekurang-kurangnya berpura-pura seakannya kita ini kuat dan tidak pernah terkesan dengan ragam keliling.

Bila tiba saat ini, aku selaku manusia biasa, jatuh tersungkur juga. Apa kamu ingat aku berjaya berpura-pura sepanjang masa tanpa mengeskpreskan sedikit pun rasa sebenar? Heh. Aku tak sehebat itu untuk menyembunyi rasa, memendam airmata. Tak. Aku tahu aku tak kuat.

Dan bila aku sedang lalui saat tersebut, aku akur tiada satu apa pun yang aku punya. Semua milik Dia. Tapi, aku tahu Dia juga ada pinjamkan kekuatan pada kamu. Kalau kamu tak keberatan, boleh pinjamkan sekejap bahu itu untuk aku hamburkan rasa dan lempiaskan tangis? Kalaulah kamu tak keberatan. Kalaulah...

Friday, June 8, 2012

Cinta ini bukan milikku 2~

Wana menala pandangan ke langit. Cuba mengintai bintang. Emmm, gelapnya malam tak berbintang. Wana menunduk. Kaki dihayun santai. Novel di sebelah dicapai dan dibuka pada mukasurat yang ditanda. Belum sempat pembacaannya diteruskan, lagu Fantastic Baby nyanyian BigBang yang menjadi ringtone Blackberry Curve 8520 kepunyaannya kedengaran nyaring.

"Hmmm hello."
"Amboi garangnya..."
"Awak nak apa?"
"Nak awak la..."
"Eeee. Malaslah nak layan. Ok bye."

Punat merah pantas ditekan. Orang gila kalau dilayan, bukan dia je makin gila, silap-silap kita boleh naik gila sekali. Blackberry nya direnung seakan-akan boleh nampak raut wajah pemanggil sebentar tadi. Senyuman terukir tanpa disedari. Bukan dia tak tahu perasaan Shahrul padanya. Namun, sengaja tidak dilayan. Dia tidak mahu bermain api. Biarlah sebelum perasaan tersebut dilayan dan akhirnya dia yang jatuh tersungkur mengutip serpihan hatinya yang berderai, dia lebih rela untuk menjauhkan diri.

***

Shahrul senyum sendiri. Payah jugak nak dapatkan hati minah ni. Kemaen keras. Belum pernah lagi perempuan main letak je telefon macam Wana buat tadi. Amboi, mencabar ego jantan aku betul. Namun, Shahrul tahu dia tidak boleh berputus asa selagi gadis idamannya tidak menjadi miliknya.

Perkenalan yang singkat di salah satu laman sosial telah membibitkan perasaan suka dan sayang Shahrul kepada Wana. Gadis yang pada pandangan matanya cukup sempurna ingin diambil sebagai suri hatinya. Namun, tidak bagi Wana. Memegang pada prinsip - I don't prefer young man; dengan mentah dia menolak kehadiran Shahrul dalam hidupnya. Walaupun pada hakikatnya beza umur mereka hanyalah setahun.

'Saya rasa saya suka kat awak.' - Shahrul.

Wana baginya adalah seorang perempuan yang sangat menarik. Dia sukar mengambil serius tentang sesuatu perkara lebih-lebih lagi dalam soal hati dan perasaan. Baginya, dia tidak percaya apabila orang meluahkan perasaan padanya dan tidak pernah menganggap perkara tersebut adalah perkara yang serius.

'Tapi, awak tahu kan yang saya tak minat lelaki muda?' - Wana.

Dalam perwatakan yang naif lagi inesen, hati Wana adalah keras walaupun nampak seperti seorang yang gila-gila. Shahrul baginya adalah seorang lelaki yang cukup pakej, tapi sayang hanya kerana dia lebih muda daripada dirinya membuatkan dia terpaksa menolak perasaan Shahrul padanya. Walaupun pada hakikatnya, dia sebenarnya turut berperasaan yang sama.

Pada Wana, dia sudah lama meletakkan Shahrul dalam friendzone. Dia bimbang jika dia tidak melakukan sedemikian, hatinya akan turut terluka. Namun tidak bagi Shahrul. Wana tidak pernah di-friendzone-kan. Dia benar-benar serius mahu menjadikan Wana sebagai yang halal bagi dirinya. Tapi, perlakuannya sering bertentangan dengan kehendaknya. Saban hari dia menyakiti hati Wana dan mencari gaduh yang bukan-bukan. Dalam perbualan mereka, 90% adalah perbalahan dan 10% adalah perbualan normal. Namun, itu yang menjadikan Wana istimewa dalam hatinya.

***

"Awak, semoga awak berbahagia."
"Kenapa awak ni? Tetiba je."
"Yela. Kita nak doakan awak bahagia. Tu pun tak boleh ke?"
"Kenapa?"
"Kita dah nak kawen." 
Shahrul tersentak. Biar betul. Kawen? Dengan siapa? "Awak betul-betul ke memain ni?"
"Hmmmm."
"Oh... Tahniah."
"Tapi, walaupun kita dah kawen, kita still boleh berkawan kan?"
"Tanyalah suami awak."
"Kita belum kawen lagilah!"
"Tapi, awak dah nak kawen kan?"
"Yela. Tapi belum kawen."
"Okay. Kalau macam tu, tanya bakal suami awak."
"Hmmm. Okay."
"Awak, jom whatsapp nak?"
"Okay."

***

Awak dah sayang kita lebih dari seorang kawan?
Awak?
Kita tanya awak.
Taktau.
Awak memang suka buat kita keliru macam ni. :(
Kenapa awak tak friendzone-kan kita dari dulu?
Kita tak penah friendzone-kan awak.
Kenapa tak?
Awak memang nak kita friendzone-kan awak ke?
Entah.
Kita cuma nak tahu perasaan sebenar awak.
Kalau awak tahu, dapat mengubah apa-apa ke?
Yup. Melainkan awak dah ada orang lain.
Ubah apa?
Kita nak bina masa depan dengan awak.
Maaf. :(
Maknanya tak la ni?
Maaf. :'(
Kita sayang awak.
Kita pun sayang awak. Tapi, kita mintak maaf.
Boleh bagi kita satu peluang untuk kita bagitahu perkataan yang kita tak pernah bagitahu awak?
Apa dia?
I love you, sayang. Selamat berbahagia. :')
And... I love you too. Semoga awak berbahagia jugak. Sorry for not being able to make you happy. :')

Akhirnya, serpihan hati tersebut terpaksa juga dikutip.

***

Twitter Wana:
Baru aku sedar bahawa menyayangi tak semestinya memiliki.

Twitter Shahrul:
Saya terima itu sebagai takdir saya. :)

Wana lekas pergi ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan menghamburkan segala rasa pedih dan tangisannya kepada Pencinta yang tak pernah mengecewakannya. "Ya Allah Ya Tuhanku. Andaikata dia bukan diciptakan untuk aku, maka redhakanlah hati aku. Tetapkanlah jodoh aku dengan lelaki yang melabuhkan cintanya kepada-Mu agar bertambah kecintaanku kepada-Mu. Aminnn." Pantas tangan diraup ke muka. Wana bingkas bangkit dan menengadah langit ciptaan Ilahi sambil membiarkan pipinya dinodai airmata.

Cinta itu ada. Cuma, bukan milik kita.

Wednesday, February 29, 2012

Cinta ini bukan milikku 1~

Rika berlari sekuat hati, cuba untuk memadam kesedihan di hati. Namun, airmata yang gugur tak mampu menafikan hakikat bahawa sudah tiada lagi ruang untuknya dalam hati jejaka pujaan hati. Yang dicinta selalu, yang dikasih selalu, yang dikenang selalu. Tiada. Tiada. Yang tinggal, hanyalah kenangan. Dan kenangan tersebut memang hidup, lalu menghumbankan jiwanya ke lembah derita.

'Rika! Rika!' Sayang, laungan tersebut hanya bergema dalam hati Safuan. 

Mana mungkin dia memanggil semula wanita yang telah dikecewakan. Mana mungkin dia berpatah balik menafikan hakikat bahawa dia telah pun memutuskan hubungan yang dibina semenjak sekolah menengah lagi. Meski bukan itu yang dia inginkan, namun dalam keterpaksaan dia pasrah, menyerah segala ketentuan pada Yang Esa. Memohon diberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang tidak pernah nampak mana akhirnya, kecuali mati.

***

"Kau takkan boleh dengan aku. Kau carilah laki lain. Aku nanti sibuk. Aku taknak kau terluka."
"Takpe. Aku sanggup terima walaupon kau sibuk. Aku dah cuba dah cari. Tapi, yang aku nampak hanya kau."
"Kita boleh cuba. Tapi, macam mana kalau kau terluka?"
"Belum cuba, belum tahu kan. Ke kau memang taknak aku sbnanye ni?"
"Okay, let's just give it a try."

***

Airmata yang mengalir langsung tidak diseka. Masuk hari ni, sudah 3 hari Rika tidak menjamah nasi. Pergi kelas dengan mata yang membengkak. Kepala pusing sebab banyak menangis. Yang Rika tahu adalah menggeleng dan menangis. Bila ditanya, dia tidak akan menjawab tapi menangis tanpa henti. Beginikah seksanya sebuah percintaan? Inikah harga yang perlu dibayar untuk rasa cinta terhadap seorang lelaki?

"Rika, kau takleh macam ni. Sampai bila kau nak seksa diri kau?"

Diam.

"Dah la menangis tu. It won't solve anything. He's gone."

Menangis.

"Takpelah. Ni aku letak nasi goreng cili padi fevret kau kat sini. Nanti jangan lupa makan."

Geleng.

"Kalau kau nak menangis, aku tak halang. Tapi, jangan tak makan. Aku taknak tengok kau sakit."

***

"Awak, terima kasih tau. Saya tahu awak mesti memahami saya. Thanks sebab bagi support kat saya selama ni."
"Takde pape la awak. Saya suka tengok awak bahagia macam ni."
"Sorry tau sebab selalu abaikan awak."
"It's okay, dear."
"Saya janji saya takkan tinggalkan awak."

***

"Penipu!!! Kau kata kau takkan tinggalkan aku! Tapi mana kau sekarang? Penipu!!! Laki semua sama!!!!!!" Rika memekik bagai orang gila. 

Pintu biliknya diketuk kuat dari luar.

"Rika! Rika! Bukak pintu ni, Rika!" Kedengaran suara rakan baiknya Shasha sepelaung menyuruhnya membuka pintu.

"Rika, kau jangan buat benda bukan-bukan. Kau tahu kan aku sayang kau. Please la Rika... Jangan buat benda bodoh k. Now, bukak pintu ni. Pleaseeee..." Suaranya seakan-akan merayu, timbul tenggelam dalam tangis. Sedih melihat perlakuan rakan baiknya yang sedang dalam proses yang paling pedih bagi pasangan yang baru putus cinta.

Pintu dibuka. Luas. Raut wajah Rika sunggul, tidak bermaya. Pantas Shasha memaut bahu dan memeluknya. Tak sanggup rasanya kehilangan seorang rakan baik kerana manusia bernama lelaki. Airmata di pipi Rika disapu lembut lantas ditarik tangannya menuju ke katil dan didudukkan.

"Rika sayang, dengar sini. Dia bukan satu-satunya lelaki yang ada kat dunia ni. Bila dia tinggalkan kau, dia yang rugi. You got nothing to lose. Kau ada semua. Kau cukup pakej. Dia yang bodoh sebab tinggalkan kau okay. So, please stop doing anything stupid and only worsen you condition. Pull yourself back together, I'm here and always be. Ingat, Allah tu Maha Adil. Dia tak penah tinggalkan kita. Kita je yang selalu lupa kita patut balik pada Dia, terutama di saat jiwa kita lemah."

Airmata menderas laju di pipi Rika pantas diseka oleh Shasha. Anak mata Shasha ditenung. Dalam-dalam. Seolah-olah mencari sumber kekuatan dalam mata tersebut.

"Sha, kenapa dia tinggalkan aku? Aku tak cukup sempurna ke untuk dia?"
"Tak sayang. You're perfect enough!"
"Habis tu, kenapa dia tinggalkan aku?" perlahan suara Rika, merintih.
"Sebab dia bukan jodoh kau. Allah tak tetapkan dia untuk bersama kau, sayang."
"Apa aku patut buat sekarang?" Rika bertanya bagai anak kecil yang tak bersalah.
"Jom ikut aku."
"Pergi mana?"

Tangan Rika dipimpin ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menghalau segala gangguan syaitan yang sentiasa mengganggu anak cucu Adam terutama di saat jiwa mereka lemah, terlalu lemah untuk menepis sebarang hasutan.

***

"Ya Allah, andai dia tercipta untukku, maka Kau dekatkanlah hati kami. Dan seandainya dia bukanlah tercipta untukku, maka Kau redhakanlah hatiku. Aku mohon kepada-Mu, Ya Allah Tuhan Pencipta Alam."

Tangan diraup ke muka. Senyumlah, Rika. Mungkin ada yang telah ditetapkan Allah untukmu di luar sana yang akan jatuh hati dengan senyumanmu dan menjaganya sebaik-baiknya.

Telekung pantas dilipat. Senyuman segera diukir.

"Assalamualaikum Shasha. Jom makan nasi goreng cili padi nak?"
"Taknaklah. Aku nak J.Co. Hehehe."

Friday, January 27, 2012

Peluang kedua~

Salam and greetings.

Perjalanan hidup aku dari aku kecik sampai ke besau, banyak yang tak seronok daripada seronok. Mungkin kalau orang tengok dari luaran, nampak macam seronok, tapi hakikat yang sebenar bukan orang lain yang rase, tapi aku. Aku. Diri aku sendiri. Banyak benda sbnanye kalau nak diikutkan, aku kesalkan. Banyak. Serius banyak. Sebab itu adalah benda yang aku kesalkan, jadi aku rase aku takkan dengan mudah coretkan di mana-mana. Bimbang akan memakan diri kelak. Cuma, aku serius sedang mencuba untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Aku ada sorang kawan. Dia ni sangatlah baik. Serius dia sangat baik. Kebaikan dia tu sampai tahap orang takkan percaya kalau dia buat salah. Aku pulak terkenal sebagai seorang yang jahat. Bahasa lembutnya, nakal la. Berkawan dengan dia membuatkan aku selalu terfikir satu situasi ni. Katakanlah ada satu pembunuhan, aku dan dia ada di tempat kejadian. Dan hakikatnya, dia adalah pembunuh tersebut. Orang mesti takkan percaya kan? Orang mesti anggap aku yang bunuh walaupon pada hakikatnya bukan aku. Nampak tak betapa sempitnya pemikiran kita. I'm not saying that aku bagus atau saje nak burukkan dia. It's just aku nak tunjukkan bahawa perception lasts. Kalau sekali orang dah anggap kita jahat, selamanya kita akan dianggap jahat. Ya, manusia sering terlupa akan hakikat 'people do change'. Semua orang berubah, dan BOLEH berubah.

Aku percaya bahawa sbnanye setiap manusia layak diberikan peluang kedua. Peluang kedua bukanlah bermaksud orang tersebut dibenarkan untuk melakukan kesilapan yang sama berulang kali dan setiap kali rase menyesal, mintak peluang untuk menebus kesilapan. Bagi aku, peluang kedua ni diterjemahkan secara literal. Peluang kedua bermaksud setelah peluang pertama dipersiakan, maka di situlah peluang kedua memainkan peranan.

Macam aku penah tules sebelum ni, never be judgemental. Benda ni sangat penting sbnanye sebab kita taktau realiti sebenar tentang sesuatu. Kita takleh dengan mudah jump into conclusion. Contohnya, makcik cleaner part time yang aku cerita dalam entri Zon Selesa ni, aku takleh nak simply judge dia tak jaga martabat sebagai seorang guru ke ape, sebab hakikat hidup dia aku sendiri taktau. Mungkin dia seorang ibu tunggal yang tak punya kemahiran lain selain cleaning. Mungkin jugak dia dah mintak keje lain tapi tak dapat. Mungkin jugak memang cita-cita dia dari kecik sampai ke besau nak jadi cleaner tapi parents suro dia jadi cikgu. Boleh jadi ape. Manalah kita tahu kan. Bermacam-macam kemungkinan boleh berlaku. Tapi, kita hanya boleh terfikir apakah kemungkinan tersebut tanpa terus meletakkan hukum yang tidak-tidak.

Untuk pengetahuan, aku memang nak tego makcik tu, berborak-borak, tapi aku tak sampai hati. Kepala aku dah rangka macam-macam soalan, tapi lidah aku kelu. Berat. Tak terkeluar kata-kata untuk aku luahkan. Bercakap pasal peluang kedua dalam percintaan, bagi aku, kalau ada jodoh memang tak ke mana. Hanya Dia yang mampu menentukan, biarpun nampak mustahil di mata manusia.


Terkadang rasa rindu singgah di hati,
Mengharap pada peluang kedua,
Bersisakah lagi ruang untukmu di sini?
Atau kita ditakdirkan bukan untuk hidup bersama?