Showing posts with label cikgu cikgi. Show all posts
Showing posts with label cikgu cikgi. Show all posts

Sunday, March 3, 2013

Ujian dan sahabat~

Salam and greetings.

Dalam mengharung hidup sehari-hari, banyak perkara yang kita abaikan. Termasuklah pesanan yang sangat simple iaitu ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. 

Sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, kaya sebelum papa, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.

Kita mungkin rasa perkara tersebut adalah perkara biasa, pesanan biasa dan langsung tidak mendatangkan sebarang efek pada diri kita. Jelasnya, perkara tersebut adalah asas kepada kehidupan kita.

Pernah tak kita check tahap hubungan kita dengan Dia yang kat atas sana?

Pernah tak kita semak diri kita, adakah kita sudah cukup menunaikan hak Dia?

Pernah tak kita tanya diri kita, apakah ibadat kita diterima di saat kita masih lagi galak melakukan maksiat?

Pernah tak?

Baru-baru ni, kawan baik, kawan rapat, antara kawan yang paling aku sayang ditimpa ujian. Allah uji dia dengan kesakitan apabila kencingnya berdarah dan disahkan ada masalah pada ginjalnya.

Dari dia mula dimasukkan ke hospital sampailah malam terakhir dia di Hospital Melaka kerana keesokan paginya akan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur, aku tak pernah sekali pun tunjukkan riak kesedihan aku padanya. Aku akan datang dengan senyuman, bekalkan dia dengan gelak tawa dan rasa sedih aku sorok dalam-dalam agar emosinya tidak kacau dan semangatnya tidak jatuh melihatkan orang bersedih atas ujian yang dihadapinya.

Bila dapat mesej yang mengatakan dia akan dipindahkan ke HKL esok pagi, aku terus termenung. Nak pegi melawat, dah habis waktu melawat sebab masa dapat mesej tu pun dah maghrib. Tapi kalau tak pergi melawat hari tu jugak, aku takut tak sempat nak jumpa dah. Jadi, berbekalkan semangat yang Allah pinjamkan, aku gigihkan diri pergi angkut kawan-kawan yang duduk area berdekatan untuk pergi ke hospital malam tu jugak dalam keadaan hujan lebat yang gila-gila lebat sampai tak nampak jalan. Dalam hati sentiasa berdoa semoga Allah selamatkan perjalanan kami pergi dan balik. Yang tinggal dalam hati hanyalah tawakal kepada Allah sebab aku tak punya kuasa apa-apa. Malam tu jugak aku dan kawan-kawan yang lain pergi tengok dia kat hospital. Perjalanan dari Jasin ke hospital adalah dalam 30-40 minit.

Sampai-sampai aku kat wad dia, dia tersenyum manis tengok aku datang. Apa yang ada dalam hati dia, hanya Allah yang tahu. Kebetulan masa tu ada mentor (bonda) kitorang kat situ. Dan bonda lagi terkejut bila nampak aku tercegat kat situ. Dia asek tanya aku datang dengan sape, takpe ke datang malam-malam macam tu, dahlah jauh apa semua. Aku senyum je. Tak mampu nak cakap lebih-lebih.

Bila tengok dia masih terbaring dengan kehadiran ustaz membacakan ayat suci di sebelah dia membuatkan perasaan sebak aku tak tertahan. Aku keluar dari bilik dia dan menangis kat luar. Dan itulah kali pertama aku menangis tengok dia sejak dia sakit. Dalam kepala aku berkecamuk segala macam persoalan dan perasaan.

Macam mana kalau malam tu malam terakhir aku jumpa dia?

Macam mana kalau Allah lebih sayang dia dan amek dia daripada aku?

Macam mana kalau dia tak kuat untuk menghadapi ujian ni?

Macam mana kalau ....

Macam mana kalau ....

Dan banyak lagi benda dalam kepala aku. Serabut.

Tapi aku cepat-cepat sedarkan diri aku yang tiada apa yang kekal dalam dunia ni. Semuanya hanyalah pinjaman. SEMUA. Semuanya. Hatta ibu ayah pun hanyalah pinjaman. Hatta kawan-kawan pun hanyalah pinjaman. Hatta harta benda pun hanyalah pinjaman. Hatta rupa paras dan kesihatan pun hanyalah pinjaman. Hatta segala macam perasaan pun hanyalah pinjaman. Tiada apa yang milik kita. TIADA.

Oleh sebab semuanya adalah pinjaman, maka aku panjatkan doa pada tuan punya segalanya yang dipinjam. Doa semoga dia sentiasa tabah dan redha dengan ujian tersebut. Doa semoga aku juga tabah dan redha dengan ujian tersebut. Doa semoga semua orang juga mampu sedar bahawa kita tiada kuasa kerana semuanya milik Dia.

Bila keadaan dah tenang, aku duduk kat kerusi sebelah katil dia. Aku pegang tangan dia. Aku mintak maaf atas segala benda selama kami berkawan. Aku mintak halal semua benda sepanjang kami berkawan. Aku jugak dah maafkan dan halalkan semuanya.

Dan ayat pertama yang muncul dari mulut dia adalah; "Ni balasan untuk aku. Mungkin aku ada salah sampai Allah balas aku macam ni."

Allah...

Pilu hati aku. Hanya air mata yang mampu bergenang menodai pipi.

Lalu aku titipkan semangat buat dia. Aku katakan; "Ini bukan balasan, tapi ujian. Redhakan hati dengan ujian yang Allah bagi untuk kau. Ini tanda Allah rindu kau. Dia nak kau merintih dekat Dia, mintak dekat Dia, bersandar hanya pada Dia. Jangan anggap ni sebagai balasan tapi anggaplah ia sebagai ujian. Ingat, Dia takkan uji hamba-Nya benda yang tidak termampu. Bila Allah pilih kau untuk diuji, maknanya Dia tahu kau boleh tahan ujian ni. Dan ingatlah, Allah sentiasa dengar apa yang kita nak."

Di saat kita rebah menyembah bumi, ingatlah yang paling kekal adalah Allah.

Di saat kita rasa tiada apa nikmat yang diberikan kepada kita, ingatlah nikmat Islam dan Iman itulah yang paling berharga dan paling manis.

Di saat kita leka dan alpa dengan keindahan dunia, ingatlah yang lebih indah nan kekal adalah di syurga sana.

Di saat kita tidak menghargai nikmat kesihatan yang diberikan kepada kita, ingatlah bahawa waktu sihat adalah waktu emas untuk kita menggandakan ibadat kita sebelum kita ditimpa sakit.

Di saat kita tidak menghargai segalanya yang dipinjamkan kepada kita, ingatlah bahawa semuanya akan diperhitungkan satu per satu kelak tanpa tertinggal satu apa pun.

Beruntunglah mereka yang sentiasa disayangi dan dirindui Allah. Ujian itu bukan tanda Allah benci kita tapi tanda Allah nak kita makin mendekati Dia. Jadikan diri kita hamba yang tak pernah lupa untuk bersujud pada Pencipta kita.

Kita mungkin anggap remeh dalam memilih kawan untuk mengharung hidup sehari-hari. Tapi kita akan sedar betapa pentingnya punya kawan yang sudi mendoakan kita di saat kita jatuh dan ditimpa musibah. Kita akan sedar bahawa senjata yang paling ampuh adalah doa dan untuk mendapatkan doa yang baik, hendaklah kita mencari kawan-kawan yang mampu membawa kita mengenal dan kembali kepada Pencipta kita.

Wallahualam. Semoga Allah redha.

p/s: Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya jugalah kita kembali. *senyum*

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru!

Salam and greetings.

Kalau ditanya apa cita-cita aku tika aku berusia 7 tahun, pasti tanpa lengah aku akan jawab "Doktor!" Tanpa mengetahui jerih payahnya menggalas beban seorang doktor, aku sentiasa yakin dengan jawapan aku. Bila usia menginjak remaja, bila ditanya apa yang ingin aku lakukan bila dah dewasa, aku dengan lebih yakin menjawab "Peguam!" Katanya, bila jadi peguam, sebelah kaki dah berada di neraka. Sejauh mana kebenaran kepada kata-kata tersebut, tidaklah aku tahu. Serius.

Akhirnya, lepas habis SPM, aku menjadi surirumah sepenuh masa. Tido - bangun tido - sidai baju - masak - amek adik balik sekolah - hantar adik pegi sekolah agama - tengok citer korea - tido dan kitaran hidup aku berputar pada paksi yang sama mengelilingi orbit kehidupan yang juga, sama. 12 Mac 2008, tarikh keramat, yang serius memutarkan kehidupan aku 360 darjah.

***
"Apa sebab Angah nak amek law?" betah ayah.
"Eeeee. Angah nak jadi peguam. Lagipun, Angah taknak jadi cikgu." Zulaikha mengesat airmata yang berlinangan di pipi. Kaki membentak, muka sememeh, merengek persis anak kecil tak dapat mainan.
"Tapi, Angah sorang je anak perempuan ibu dengan ayah. Jadi cikgu la. Kan senang." Ibu cuba memujuk.
"Taknak! Angah nak amek law jugak!" 
Berkeras.
"Okay. Macam ni la. Kalau Angah masuk maktab, ibu dengan ayah janji takkan halang Angah nak masuk debat."
Cuba berkompromi.
"Betul ni?"
Angguk. Serentak.
"Okay. Kalau Angah masuk maktab, jangan halang Angah nak masuk debat."

***
Cikgu? Tak pernah dalam senarai profesion yang aku impikan. Tak. Pernah. Serius. Ada jugak sorang dua kawan yang cakap aku sesuai jadi cikgu masa sekolah dulu. Kata mereka, aku pandai explain sampai orang faham, sesuai jadi cikgu. Tapi, aku akan terus mencebik lepas dengar diorang cakap macam tu. Mana mungkin aku jadi cikgu. Aku kan nak jadi peguam. Nak amek law. Dan memang nak jadi lawyer. Sudahnya, mampu jadi loyar buruk je. Kuikuikui. Okay tak lawak. =.=

Bila aku kata tak pernah, bukan bermaksud aku berlagak. Tak. Cuma, well... I know myself better kot (kononnya). Plus, aku rasa aku takde tokoh la nak jadi cikgu. Kata orang, apa pun yang kita buat, kalau kita letak hati dan jiwa kita dalam perbuatan tersebut, insyaAllah kita akan sukakannya. Kata orang... Tapi, acane dengan aku yang takde hati dan jiwa nak jadi cikgu ni? Acane dengan aku yang masuk maktab kerana menurut permintaan ibu dan ayah? Acane?

Haaa, lupalah tu. Bukan ke redha Allah terletak pada redha ibu ayah? Jadi, bila ibu dan ayah redha aku masuk maktab untuk jadi cikgu, maka hidup aku jadi mudah sebab Allah turut meredhai aku. What a great blessing!

Jadi, selepas 4 tahun aku berada di bumi Melaka untuk menuntut ilmu dalam perjalanan kemenjadian seorang lagi bakal guru, aku sedar satu perkara. Kalau kita salah, perkara pertama yang akan orang tanya adalah, "Sape yang ajar kau ha?" Kalau anak kita tak pandai, "Sape cikgu kau?" Kalau kita tak lulus periksa, "Cikgu la ni yang ajar tak betul." Haha. Begitu mudah kan kesalahan diletakkan pada seorang insan yang bergelar guru?

Teringat kata-kata Cikgu Add Maths aku masa form 4 dulu. Aku maseh ingat cikgu tu, aku panggil dia Cikgu Zura. Sporting habis. Dan comel. Katanya, "Penat tau jadi cikgu ni. Hari-hari macam rasa hilang je semangat bila budak tak faham apa yang kita ajar. Tapi, paling best masa Hari Guru. Rasa naik balik semangat tu." Masa tu, aku gelak je. Sebab mana ada terfikir aku akan jadi macam dia satu hari nanti.

p/s: Selamat Hari Guru buat semua yang telah mengajar diri ini. Terima kasih kerana sudi membentuk saya menjadi seperti apa yang saya jadi sekarang. Semoga menjadi pertimbangan yang memberatkan pada sebelah kanan. :)

Biasalah. Cikgu kan suka guna pen merah. Hiks.