Wednesday, December 14, 2016

Kat Korea pegi mana je? (Day 4)

Assalamualaikum and good day all,

If you want my full itinerary, drop me your email at the comment box. InsyaAllah will send it to you via email k.

Day 4: 31/10/2016 (Monday)

Okay, harini ada beberapa tempat nak pergi last before we shoot to Incheon (tukar hotel) sebab esok dah nak balik wuwuwuwu ㅠㅠ

Route kita harini;

Itaewon - Namsan Tower (N Seoul Tower) - Namdaemun Market - Unseo (Mr. Kim's Guesthouse) - Insadong - Itaewon - Unseo

Hahahaha pening kan. Dahlah jauh Unseo tu sebab dia dah dekat dengan Incheon. Incheon dari Seoul je dah bape lama, dekat sejam kot. Tapi, ada sebab kenapa route kitorang jadi gitu hahahahaha!

Pagi tu, macam biasa konon nak cari breakfast kat luar. I mean, proper breakfast. Maka, bergeraklah kami ke Itaewon. Too bad, the shops will only be opened at 9 a.m. the earliest. So, kitorang pun makan jelah kat dunkin donuts. Lepas makan, tunggu bas nak ke Namsan Tower.

Ingatkan naik Namsan Tower straight sampai tempat yang dituju, rupa-rupanya kena daki bukit lagi muahahahaha dasat betul geografi Korea ni. Lepas tu, hari Isnin pulak cable car under maintenance dari pagi sampai tengah hari. Paling awal re-operate is at 1400 hours. Plan asal nak naik by bus, turun by cable car. Dapatlah tengok keindahan Seoul. Tapi, harapan tinggal harapan jelah k.


Masa baru sampai kat area parking bus Namsan Tower

Depan Namsan Tower

On the way turun jalan yg super berbukit

Model cilik ni mana boleh terlepas posing

Masa ni hujan rintik-rintik

Tapi budak ni taknak pakai stokin sebab dah basah dia dok jalan kaki tak pakai kasut

Again, serius bukit dia ada la dekat 90 degree kot (over!) hahahaha

Amek gambo kat area bawah je, tak naik pun tower dia hihihi. Haritu hujan pulak rintik-rintik so cepat-cepat je amek gambo and tunggu bas nak ke Namdaemun Market pulak.

Lepas sampai kat Namdaemun Market, korang pun tahu apa yang berlaku kat Namdaemun tu kan. Of courselah kena rompak. Habis sudah duit dileburkan di situ muahahahaha. Tapi serius, barang kat Namdaemun ni murah weh. Murah standard Korea la. Korang jangan convert duitnya kalau taknak menangis atau menyesal hahahaha. Yang penting, sudu korea is a must-buy item okayyyy hahahaha.

Lepas tu dah sakan shopping kat Namdaemun, balik hotel, amek taxi ke Unseo untuk check-in Mr. Kim's Guesthouse. Lepas check-in, keluar balik ke Insadong pulak. Kenapa kitorang patah balik ke Insadong? Sebabnya nak cari kedai beg 10000krw muahahahahha. Sebenarnya jumpa kedai tu semalam pastu kekonon nak tengok tempat lain dulu ada tak jual beg murah. Sekali takde dan siang tu dah tak sempat nak pergi sebab dah penuh kan aktiviti dengan sibuk berkejar nak ke Unseo lagi. Tu yang gerak keluar balik dari Unseo. Serius mencabar betul perjalanan ni, hampir-hampir give up pun ada. Sesat tapi dok kejar masa sebab kedai tutup pukul 9 malam. Tapi dah rezeki, ketemu jugak. Lepas shopping, gerak ke Itaewon isi perut and shoot to Unseo back.



Ni dari Unseo nak ke Insadong. Dah macam anak bear mana sesat daaa hahaha

Singgah makan kebab kat Itaewon

Muka ngantok + redha + pasrah je Kwangsoo nak korekkan hidung dia muahahahaha

And just rest for tomorrow is gonna be a long dayyyyyyy! Malaysia, we're coming homeeee!


안녕...

No comments: