Tuesday, November 29, 2016

Naik flight ke jalan kaki je pergi Korea?

Assalamualaikum and good day all,

Anyway, I bought the tickets during non promo time so do not expect that I got the 500myr return ticket pleaseeee hehehe. Masa beli tu first time beli tiket sendiri pergi overseas, so macam noob sikit di situ. Orang ajar lain, kita paham lain. (Thanks Kak Long (my friend's sister)! If you ever read this anyway) Tapi, okay la dapat return ticket tiga beranak dalam 3k+ including the empty seat (click here to know more about it)

Masa beli tiket tu ada miscommunication sikit. Kak Long ajar pilih sendiri flight time, don't let them choose for us sebab kalau kita usha tiket guna skyscanner ke, memang dia akan pilihkan untuk kita based on our filters. Kalau kita pilih nak yg cheapest, direct (no transit), dia siap-siap padankan flight time yg paling murah. Maksud Kak Long adalah aku pilih sendiri flight time tu, but what I understood was beli satu-satu tiket. Beli tiket pergi, satu. Beli tiket balik, satu. Maknanya tak beli yg round trip ticket la hahahahaha kelakor betul bila ingat balik, But well, there's always a first time for everything right? Teeheeee

My flight was at 0800 hours. Okay, ni satu lagi tips. Kalau taknak rugi satu hari kat sana, belilah tiket tengah malam, yg pukul 1 pagi punya. Boleh tido the whole night since flight pun dah 6 jam kan. Biasanya, tiket yg tengah malam ni mahal sikit. Being the noob buying the ticket myself for the first time, memanglah cari yg murah je muahahahahahaha. Tapi, kalau beli tiket yg tengah malam ni, kena standby la solat subuh atas flight. But if you don't mind losing almost a day there, boleh je go for 0800 hours ticket. Cumanya, kalau bertolak pukul 8 pagi, sampai dalam lebih kurang pukul 3 petang (waktu korea +1 jam dari waktu mesia). Dari airport Incheon ke Seoul pun dah amek masa lebih kurang sejam atau lebih, sampai-sampai je Seoul dah gelap sebab maghrib masuk pukul 530 petang hahahaha. Nasib la nakkkk...

Aku pergi berlima. Me, my husband, my daughter, my SIL and her husband. Masa pergi tu belikan sekali tiket untuk my SIL and her husband. So, satu booking number lima nama sekali. Tapi, tiket balik diorang beli sendiri and aku asingkan tiket aku dan suami sebab nak beli empty seat tu.

Okay pasal empty seat pulak.

Sebab first time beli tiket sendiri ke obesi (selama ni orang belikan dan uruskan semuanya), so aku pun blur la. Takde idea pun boleh cerakinkan nama apa semua. Dan taktau pun kalau kita request untuk empty seat, dia ikut pax per booking number. So kalau ada 8 orang dalam satu booking number, kita terpaksa request untuk 8 empty seat. Nah amek!

Since masa pergi haritu, Salsabeela masih lagi considered infant (below 2yo), so there's no seat for her. Weh budak tengah lasak, takkan aku nak pangku kot? So, terpaksalah beli empty seat tu. Nak beli extra seat siap-siap masa beli tiket takde knowledge. And kalau ada knowledge pun masa tu, memang idokler belinya sebab mahal kemain. Dahlah infant pun kena bayar kurang sikit je daripada adult, pastu kalau nak extra seat kena bayar macam one adult punya harga. Marilah kita berhuhu saje.

Luckily I got Kak Long to guide me. She told me that I can just buy the empty seat (click here). What I didn't know was I gotta buy another four empty seats (infant is excluded) according to the number of passengers in my booking number. Nasib baik murah je. Satu seat just RM25. So, burn la RM100 daku wuwuwuwu. 

BUT!

I couldn't get to claim the empty seat upon my departure.

WHY?

Because I did my web check-in! Huahuahuahua. Kita mana tahu yg kalau nak empty seat tu kena counter check-in weh. And sebenarnya memang nak counter check-in but 2 weeks prior to my departure, AirAsia bagi emel tanya dah web check-in ke belum? And I was like, eh ada infant boleh web check-in jugak ke? Cubalah, mana tahu boleh. Sekali, boleh wehhhh hahahahaha. Rasa macam satu kejayaan besar tanpa aku ketahui bahawa aku takleh dah claim empty seat yg aku beli sebelum ni. Cet! Dia kata kalau kita tak dapat empty seat, kita boleh claim refund. Tapi sampai ke sudah, idok dapatnya lagi refund aku tuh. Huh.

Masa beli tiket balik, dah pandai sikit hehe. Tapi tu pun ada salah jugak hahahaha. Aku beli tiket aku dulu, pastu baru beli tiket suami aku. Masa beli tu kemain excited nak kejor harga murah (kononnya la) sampai aku lupa nak belikan anak aku sekali muahahaha. Aku pun dengan gelabahnya terus belikan suami aku dan tag nama anak aku dengan dia. Dah setel beli, baru tahu boleh je nak add infant kat passenger. Hek eleh sungguh. Itulah orang kalau takde ilmu kan. Haaaa nampak tak betapa pentingnya ilmu tu? Cewah! 

Masa pilih seat pun kelakor jugak. Aku dah pilih cun-cun dah. Dah bajet nak beli empty seat kan, so bagilah satu space antara aku dengan suami. Kiranya aku amek seat 36A, aku pilihkan suami aku 36C. So, bajet-bajet kalau dapat empty seat tu, dapatlah 36B tu. Sebab empty seat ni dia bagi ikut seat kita. Engkorang tengoklah macam mana dia assign seat tu kat link aku bagi tadi. Pastu bila cakap dengan suami, dia kata kenapa tak duduk sebelah-sebelah. Aku dah gelabah. Dah macam mana nak tukar seat ni? Huwaaaaaaaa. Sekali google punya google, sebenarnya boleh je edit/modify kat manage my booking. Hek eleh lagi sekali. Panicking over nothing je lebih. Again, nampak tak betapa pentingnya knowledge tu? Cewah! Satu lagi, belum confirm kita dapat empty seat tu sebab dia subject to availability. Kalau ada kosong, dia bagi. Kalau takde, sila menangis sambil pangku anak okayyy.

Long story short, waktu balik aku dapat empty seat sebab aku counter check-in. Aku tak buat web check-in bukan sebab AirAsia tak tanya kabo aku kat emel dah check-in ke belum. Tapi sebab aku ada baca yg orang kata airport Korea ni leceh sikit kalau kita web check-in. So, aku tak berani amek risiko la. Adalah tu hikmahnya, dapatlah aku merasa empty seat. kat aisle seat belakang sekali dekat dengan tandas, luas pun luas. Alhamdulillah, every cloud has its silver lining, aite mate?




Aktiviti dalam flight bila dah kematu punggung duduk je

Korang mesti tertanya-tanya kan, masa pergi tu aku tak dapat empty seat, how did I manage to survive with my 1y9m kid? I did not! Hahahahaha aku beli hot seat depan seat aku atas flight weh. Tapi hot seat tu kan dekat dengan emergency exit, so stewardess tu kabo masa takeoff dengan landing, anak aku takleh ada kat situ, means bagilah SIL aku pegang kejap ke apa ke. So yeah, we survived!




Bayangkan macam mana nak survive kalau this little princess tak dapat seat sendiri?

Masa balik pulak, my flight was at 0930 hours. Okay, ni satu lagi tips. Kalau taknak rushing kejar flight, belilah tiket yg sebelah petang. Boleh shopping puas dulu kat Namdaemun market sebelum pergi airport. Tapi aku kan noob, maka aku pun belilah pagi. Sampai mesia dalam lebih kurang kol 4 lebih sebab +1 jam dari waktu kat Korea.

Tak payah tanyalah pasal harga tiket, kekadang aku pun geram sendiri kenapa aku tak beli masa promo. Bajet kaya. Padahal kalau kaya dah naik MAS. Kehkeh.



안녕...

2 comments:

ezza said...

Baca dengan gaya kau cakap. Haha rinduuuuu

bukan penggoda said...

@jirs

hahahahahaha haruslah kannnn rindu jugak. big time!