Assalamualaikum and good day all,
Right, now we're gonna talk about the food. Korea is very synonym to kimchi when it comes to food. Tapi tidaklah kitorang makan kimchi je kat sana. All the street food pun tak merasa kecuali chestnut panggang, kebab dan aiskrim tarik turki tu je. Makan aiskrim weh sejuk-sejuk. Best sebab aiskrim tu tak meleleh pun huahuahua.
Tengoklah budak kecik tu, dia dulu makan aiskrim sampai comot. Sedap weh makan aiskrim sejuk-sejuk hahahahahaha
Okay, so far sepanjang kitorang kat sana, kitorang hanya bawak bekalan maggi dan beberapa keping biskut. Itu pun maggi tak habis makan. Jalan je lebih sampai tak ingat nak makan. Keluar awal pagi konon-konon nak cari proper breakfast on the way ke satu-satu tempat tu tapi tak kesampaian. Kesudahannya breakfast la kitorang kat kedai yg jual donut macam dunkin donut dengan mister donut. Donut-donut yg ada kat mesia jugak, macam yakin sikit la nak makannya pun. Bila lunch/dinner je baru cari kedai makanan halal.
Kat sini, aku share tempat yg aku makan kat sana. Basically, aku makan berat beria kat Eid Restaurant, Sujebi Restaurant, Saffron Restaurant and Kebab Restaurant. Yg lain-lain makan kat kafe dan beli roti/donut je. Kalau lapar sangat baru makan maggi. Tak sempat nak beria makan kat banyak restoran lain. Tak cukup wehhh 5 hari ㅠㅠ
1. Eid Restaurant
Kitorang pergi Eid Restaurant ni hari kedua kat sana. Balik dari Nami Island, turun Itaewon cari makan. Jalan punya jalan, dengan angin sejuk dan jalan yg berbukit bukau tak hengat, kitorang berjaya jugak sampai kat sini. Sebelum datang sini, tanya pak imam kat Masjid Itaewon dulu macam mana nak pergi. On the way ke sini, jumpa banyak je restoran halal lain yg recommended macam Makan-makan Restaurant, Muree Restaurant dan banyak lagi tak ingat. Tapi kalau restoran tu halal, dia akan tulis halal. Don't worry k.
Restoran dia tak macam kita. Kecik je tapak dia. Korang tengoklah gambar kat bawah ni, tu jelah besar restoran tu. Memang kecik. Tak sampai 20 orang pun boleh masuk. Rezeki kitorang dapat tempat kat sini sebab restoran halal popular yg lain semua dah penuh. Cewah nak jugak cari yg popular muahahahahaha.
Kat sini kitorang order bulgogi dengan lauk ayam apa entah. Lapo sangat weh, tak dan nak amek gambo. Kimchi, telur dadar potong kecik semua tu side dishes dia. Side dishes ni kau boleh mintak kalau dah habis. Free flow. Nasi pun boleh mintak lebih FOC kalau dah order 4 nasi ke atas. Nasi dia macam nasi dalam kimbab/sushi. Lekit-lekit macam pulut tapi bukan pulut haaa gitu. Nasi dia dalam mangkuk nampak sikit macam tak cukup. Tapi, as you go on digging and eating, slowly korang akan rasa kenyang. Aku pun taktau kenapa. Tapi aku bertambah jugak nasinya muahahahahahah dasar diet ke laut! Dari segi harga, boleh tahan la satu set tu dalam 10000 atau 12000krw. Kalau amek 4 set, total tak lebih 50000krw.
Eid (이드) restaurant, Itaewon
2. Insadong Sujebi Restaurant
Sujebi Restaurant ni lagi mencabar nak cari daripada Eid Restaurant sebabnya, tempat dia macam tersorok sikit. Pastu dari directions yg aku dapat dari blog lain, dia bagi detail yg banyak dah takde huahuahua. So, cara senang nak ke sini adalah engkorang tanya orang kat area Insadong tu mana Insadong 10-gil. Korang jalan kat lorong Insadong 10-gil tu sampai jumpa Woo Lim Gallery, masuk lorong kecik sebelah kanan tu. Jalan terus, jangan takut. Memang jalan dia macam menyeramkan dan korang akan fikir betul ke ni jalannya but don't you worry, keep on walking sampai korang nampak ada satu kedai ke dalam sikit belah kiri, dia tulis MBC 인사동 수제비. Kedai no.14-1.
Ni jalan dalam lorong yg kecik tu.
On the way boleh pulak terjumpa buah-buahan melingkar atas kepala.
That's my SIL btw.
Kat lorong Insadong 10-gil
Dia akan welcome korang dan tahu korang dari Malaysia tengah cari makanan halal dan akan order sujebi muahahahaha. Sujebi tu sejenis sup tepung tu. Tepung tu bukan tepung seketul tapi lebih kepada dumpling kosong. Order la dengan pancake dia. Kitorang makan berempat (campur sorang budak kenit) tu pun tak habis weh. Banyak sangat. Macam biasa, side dishes dia semua free flow. Ada sebalang kimchi, kalau nak makan kena kepit masuk piring tau. Jangan makan direct dari balang tu, memang kena marah dengan ahjumma situ hahahaha. Harga dia boleh tahan murah. Satu pancake dengan dua serving sujebi ni dalam 20000krw tak silap. Tak ingatlah wehhh hahaha.
Masing-masing dah kebulur sampai senget-senget mulut makan budak kenit tu hahahaha
Ni kat Sujebi (수제비) restaurant, Insadong
3. Saffron Restaurant
Kat Saffron Restaurant ni takde gambo yg berjaya dijumpai. Mungkin tak amek, tak ingatlah. Sebab masing-masing dah penat. Restoran ni berada dalam hotel. Hotel Ibis Ambassador kat area Myeongdong. Nak senang cari, korang cari je Hotel Ibis Ambassador tu. Pastu masuk dalam, tanya kat receptionist mana Saffron Restaurant. Nanti dia tunjuk kat belah dalam. Senang je nak carinya.
Kitorang order dua set saffron royal (nasi beriyani kambing saffron). Boleh tahan sedaplah lauk dia walaupun nasi ada sikit tawar tapi bolehlah kalau setakat nak makan nasi arab kat Korea tu. Harga dia boleh tahan. Satu set tu dalam 27000krw tak silap. Korang pandai-pandailah convert duit kita hahaha.
4. Kebab Restaurant
Kebab Restaurant ni kitorang pergi kat Itaewon. Tempat yg sama beli aiskrim dulu. Tapi masa tu tak masuk dalam pun makan. Restoran ni sangat senang nak cari. Kalau turun dari Itaewon station exit 4 kot, seberang jalan je dah jumpa restoran ni. Dia kat belah tepi sekali macam corner lot sebelum jalan-jalan yg penuh berbukit bukau. Kedai dia memang kecik weh. Memang standard kedai makan kat sana kot, kecik-kecik je. Harga boleh tahanlah, standard kebab la. Ada yg 7000krw, ada yg 8000krw. Don't worry, dia ada bagi menu.
SIL tido
Aku pulak yg hampir lelap hahahaha. Tengoklah budak kecik tu dah kebulur hahahah
Ada satu lagi kebab tepi jalan kitorang makan kat area Namdaemun Market tu tapi tak dan amek gambo. Kitorang dok nunggu dan makan kat depan bank sebab dia bersebelahan. Kena halau dengan pekerja bank muahahahaha kesian betul nasib backpackers ni. Kehkehkeh!
인녕...
No comments:
Post a Comment