Tuesday, March 12, 2013

Hikmah di sebalik sesuatu~

Salam and greetings.

Sebelum aku teruskan menulis, aku harap sesiapa yang baca dapat baca dulu tanpa melatah atau berkerut dahi atau terus menyatakan ketidaksetujuan terhadap apa yang bakal aku coretkan.

*senyum*

Apa perkara yang paling kita nak dalam hidup kita tapi sampai sekarang kita tak dapat lagi?

Cuba fikirkan.

Ada tak?

Mesti ada punya. Cuma, mungkin kita tak berapa sure betul ke itu yang kita paling nak. Boleh jadi juga memang itulah bendanya cuma ia adalah benda yang paling kita nak, buat masa ini.

Mungkin.

So, dalam setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, to stay positive is seriously hard, but not impossible. Aku akui ada kalanya aku juga tersungkur dalam mengekalkan cas positif dalam diri aku. Sendiri aku didik diri aku untuk reti sabar, reti dengar dan respek pendapat orang, reti tak cepat melenting dan amek pendekatan untuk tenangkan diri sendiri dengan mendiamkan diri. Bukan apa, aku just bimbang apa yang aku luahkan hanya akan menjadi sesuatu yang melukakan di saat setan galak membuak api kemarahan dalam diri dan hati aku.

Baru-baru ni, aku ada update yang ayatnya lebih kurang berbunyi tak semua perkara dalam dunia ni punya hikmah. Ada sesetengah perkara tak perlukan hikmah pun, just to simply show that Allah is power enough to do anything He likes.

Through the status, there are some concern people who replied to it. I seriously appreciate it. Thanks. :)

BUT!

Let me speak about it here, for I definitely got some points of it.

1. Siapa kita nak pertikai kerja Allah?

Aku pernah dengar ada ustaz tu kata, sorry tak ingat nama so tak boleh nak quote, but he clearly said that I clearly still remember, "Kadang-kadang Allah tu saje buat sesuatu yang tak nampak pun apa hikmahnya. Sebab Dia tu kan Tuhan, suka hatilah nak buat apa pun."

Masa dengar tu at first aku macam "Eh biar betei ustaz ni. Dah tu mana datang yang orang selalu kabo setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya? In fact, aku pun selalu kabo gitu kot kat orang bila nak tenangkan orang tu."

Serius.

Tapi, cuba hadam ayat ustaz tu dan fikir di luar kotak. Kalau kita biasa fikir secara linear dan tiada sudut lain melainkan 90 darjah bersudut tegak, apa kata kali ni kita fikir senget sikit, lari daripada 90 darjah. Boleh jadi 80 darjah ke, 100 darjah ke. Jangan jumudkan fikiran.

Aku setuju part ustaz tu kata "Dia Tuhan, suka hatilah nak buat apa pun."

Seriously sebab Allah tu Tuhan, jadi sbnanye takde masalah pun untuk Dia buat apa je yang Dia nak. Seluruh alam dan seisinya ni Dia yang punya. Cuba kalau kita bekerja dengan manusia dan bila boss kita buat apa pun, kita mesti akan justify dengan kata-kata "Yelah bolehlah dia nak buat apa je. Dia kan boss."

So, same concept apply to this.

TAPI.

Ada tapinya.

Tapi, sebab Allah yang cipta kita, jadi Dia dah tahu dah perangai manusia ni macam mana. Dah masak bebenor orang kabo.

Manusia ni kan susah nak bersyukur. Pastu suka tuntut sesuatu yang dia nak sampai dia puas. Itu pun kalau puas. Kalau tak? Masak ah.

Jadi, untuk setiap kejadian, Allah dah aturkan dengan cantik hikmah yang menyusuli kejadian tersebut. Allah tahu manusia ni suka sangat bertanya. Kemahiran kognitif kan tinggi, memanglah sebab Allah jugak yang bagi kita akal untuk berfikir kan. Jadi, akan banyaklah 'kenapa' untuk setiap kejadian yang berlaku pada kita.

Mungkin pada 'kenapa' yang pertama kita tanyakan, kita tak nampak pun jawapannya. Mungkin lepas beberapa 'kenapa', akhirnya kita diberikan ilham oleh Allah untuk 'Aha!' *petik jari* 'This is it!' 

That's normal, bro.

Pada hakikatnya, kalau Allah nak jadikan apa pun dan kalau Allah taknak bagi hikmah atas kejadian tu pun takde hal.

Sebab apa?

Sebab Dia Tuhan.

Jadi, apa yang perlu kita buat? 

Sami'na waato'na.

Kan besau ganjarannya untuk hamba yang tahu redha dan berlapang dada. :)

Ada perkara yang kita boleh tanya kenapa, ada perkara tak. Sebab tulah aku kata tak semua perkara kita boleh nampak hikmahnya.

2. Asbab untuk setiap kejadian

Pernah tak kita dengar satu berita kematian tanpa kita tanyakan "Kenapa si polan tu meninggal?"

Biasanya, biasanyalah kan, kita mesti akan terus beraksi reflek tanya "Eh, kenapa dia meninggal?" bila dengar berita kematian. Betul tak? Errrr, ke aku sorang je? -..-

Aku pernah sembang-sembang dengan ibu ala-ala usrah gitu. Cewah.

Ibu kabo, aku pun tak ingat sumbernya dari mana tapi isinya lebih kurang gini;

"Saat malaikat Izrail nak tarik nyawa manusia atas perintah Allah, dia boleh buat je tanpa alasan. Tapi, dia pernah mengadu dan mintak pada Allah untuk letakkan asbab bagi setiap kematian. Sebab apa? Sebab dia taknak nanti manusia ni macam salahkan kerja dia pulak dok tarik nyawa orang sedangkan dah memang Allah yang suruh. Jadi, Allah perkenankan permintaan Izrail tu dan jadilah setiap kematian tu bersama asbabnya. Sebab tu untuk kematian yang takde punca, takde sakit, takde apa, pada sijil kematian dia akan tulis - sakit jantung. Ikut fikir logik, memang sebab jantung dia dah tak berfungsilah dia mati - walaupun pada hakikatnya dah tiba masanya untuk meninggalkan dunia."

Macam tulah lebih kurang apa yang ibu sampaikan.

Nampak tak betapa hebatnya peraturan dan percaturan Allah?

Jadi, menjawab kepada persoalan asal - ada perkara yang tidak punya hikmah - aku masih berpendapat; ada hikmah atau takde hikmah sesuatu berlaku, kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia. Siapa yang paling kita patut percaya kalau bukan Tuhan yang mencipta kita?

Dan mungkin juga hikmah daripada status tersebut telah menggerakkan hati aku untuk menulis entri ni. Niat dah lama dah nak tulis tapi masih bertangguh. Dan akhirnya, Allah menggerakkan jari aku untuk menulis status tersebut - kemudian dikomen - kemudian tercetuslah entri ini. :)

Aku sbnanye tak harap banyak pun. Aku cuma harap, pada setiap perkara yang aku kurang, akan ada yang sudi untuk membantu dengan penuh berhikmah dan berhemah. InsyaAllah pada setiap perkara yang kita lakukan akan dihitung amalannya.

*****

Read and liked one of my senior's facebook status;

Kata Sayidina Ali "Beramallah ketika di tempat yang tidak ada ganjaran tetapi hanya ada amal, sebelum kita berpindah ke tempat yang hanya ada ganjaran tetapi sudah tidak ada amal."

Wallahualam. Semoga keredhaan Allah bersama kita, sentiasa.

p/s: Untuk orang yang sudi komen, sekalung apresiasi buat kalian. Tiada siapa pun yang berhak mengatakan pendapat itu benar atau salah selagi ia adalah pendapat dan tidak melanggar hukum Allah.




Kerana yang tertutup itu lebih indah.

:)


3 comments:

BidadariBesi [SYAA] said...

BETUL. Sebab dia kan boss. Sama konsep dengan sebab Dia kan Allah. Part tanya kenapa dia meninggal tu sama. Heehe

asip محمد said...

betul ke pakai cadar tu macam tu? macam pejuang taliban je..

dee said...

kau dah berubah. eh, nak no!