Tuesday, November 29, 2016

Kat Korea pegi mana je? (Day 1)

Assalamualaikum and good day all,

If you want my full itinerary, drop me your email at the comment box. InsyaAllah will send it to you via email k.

Day 1: 28/10/2016 (Friday)

Landing dan setel beg semua dalam pukul 4. Incheon airport ni kena naik train tau dari tempat kita turun kapal terbang nak ke train/taxi/bus station apa semua. Sama jugak macam nak naik flight. Kena naik train jugak. Besor sangat gamaknya airport dia huhu. 

Alhamdulillah safely landed


Kemain lagi tau budak kecik ni kat airport

Inilah dia train yg kena naik sebelum/selepas naik flight

Kitorang punyalah tanya sini sana kat mana tempat solat sebab pernah baca kat blog sebelum ni kat Incheon airport ada tempat solat. Rupa-rupanya memang ada, tapi sebelum keluar arrival gate. So, disebabkan kitorang dah terlepas keluar, terpaksalah bergegas nak ke hotel untuk solat. Perjalanan nak ke AREX station tu agak jauh dan lengang. So, kitorang solat je berdekatan dengan kaunter jualan tiket AREX ni. Lepas solat, pergi cucuk duit pulak kat bank dia (bajet local mihmih). Aku kononnya taknak tukar duit banyak-banyak kat sini, so aktifkan je ATM kad dan guna kat sana. Rate dia lebih kurang je, in fact untung kalau withdraw sana lagi kot.

Bajet local withdraw duit tapi pilih option 'English' jugak sebab tergagap-gagap lagi baca Korean hahahahaha

Kitorang sampai Seoul station dalam pukul 6 lebih. Tak ingat exact time. Tapi waktu tu memang sesak gilalah Seoul station tu. Ala-ala KL Sentral la kot. AREX tu dia travel Incheon-Seoul je. So, dari Seoul, kena naik subway biasa ke hotel. Nasib baik stay kat Sinseoldong Station Residence, so just cari train nak ke Sinseoldong je sebab Sinseoldong station tu dalam Line 1 jugak, sama macam Seoul station. 

Sampai hotel, check-in, rehat kejap, malam tu saje jenjalan kat luar. Ingat nak jalan-jalan area tu walaupun plan asal nak pergi Cheonggyecheon Stream. Pastu tetiba macam jom la naik subway pergi tengok tempat tu hahahaha. Main redah je.

Nak pergi Cheonggyecheon Stream ni ada banyak cara sebab stream dia sangat panjang dan ada banyaklah subway station yg berdekatan cumanya korang kena cari mana yg sesuai je. Macam aku, aku pilih station City Hall sebab senang takyah tukar line since City Hall pun kat Line 1. Pastu menapak la sikit dan tanya orang kat sana mana jalan nak ke Cheonggyecheon Stream. Tapi masa aku pergi tu takde apa sangat. Belum mula pesta dan lantern festival kot. So kitorang just singgah kat kafe hisptur yg macam dalam cerita-cerita korea tu. Satu cup kopi tu dalam 5000krw. Tak payah convert la. Kata bajet local, okay la tu dalam 5 hengget je muahahahahahaha.

Dalam kafe sementara tunggu kopi 5 hengget siap hehehe. Mementang muka sama, muka bekeng pun nak buat sama. Nyampah hahahaha

Ni kalau korang straight dari City Hall, akan lalu kawasan ni

Dok usha kat mana kitorang masa ni

Tengah-tengah jalan nak amek gambo memang kena photobombed la. Ni pun korang akan lalu kalau nak ke Cheonggyecheon Stream dari City Hall station

Acah-acah duduk dalam kafe macam dalam kdrama

Soooo suwik!

Depan Cheonggyecheon Stream

Posing kat bus stop ala-ala macam dalam kdrama

Belakang tulah Chenggyecheon Stream

Adalah seketul benda alah swirl yg tinggi tu

Ni masa on the way nak ke hotel dari Seoul station

Pastu kitorang balik hotel dan tido awal, charge energy nak keluar awal pagi esok nak pergi Nami Island pulokkkk.


안녕...






2 comments:

Jirs said...

Activate kad apa utk withdraw? Boleh withdraw kat mana je weh

bukan penggoda said...

@jirs

AKu punya maybank. boleh withdraw kat semua bank dia rasanya. as long as kau boleh tekan option 'English'. and unless you can read hangul of course hahahaha